Reaksi Comel Anjing Bila Disuruh Ke Tepi Buat Ramai Terhibur, “Kemain Kepala Dia…”

Reaksi Comel Anjing Bila Disuruh Ke Tepi Buat Ramai Terhibur, “Kemain Kepala Dia…”

Macam yang semua tahu, anjing antara haiwan yang terkenal dengan kepandaian mereka berbanding dengan haiwan lain.

Reaksi Comel Anjing Bila Disuruh Ke Tepi Buat Ramai Terhibur, “Kemain Kepala Dia…”



Sama seperti gelagat seekor anjing yang dikongsikan ini apabila dia begitu pantas memahami apa yang dikatakan oleh wanita ini sekaligus menarik perhatian ramai.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Pemuda Mirip Arw4h Abam Dijemput Datang Ke Konti, Reaksi Fad Buat Ramai Mengalirkan Air Mata


Bukan sahaja faham apa yang dikatakan malah reaksi comelnya selepas itu juga turut membuatkan netizen ‘cair’ melihatnya. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat seekor anjing yang berada di luar keretanya ini. Turut dapat dilihat, seekor anjing yang setia menunggu di sebelah pintu keretanya dengan reaksi yang teruja sambil menggoyangkan ekornya.

Loading...


Wanita itu kemudian meminta anjing itu untuk beralih ke tepi memandangkan dia berada begitu hampir dengan keretanya. Ianya juga menyukarkan wanita itu untuk keluar dari keretanya sekiranya anjing itu berada terlalu hampir dengannya.

reaksi anjing

Apa yang menarik perhatian ialah anjing itu segera berlalu ke tepi sebaik sahaja mendengar permintaan wanita itu. Lebih melucukan, anjing itu siap menggerakkan kepalanya sebelum berjalan ke tepi seolah-olah mahu mengambil ruang untuk bergerak.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ melihat reaksi comel dari anjing tersebut. Malah ada yang turut terhibur melihat gayanya yang setia menunggu di tepi sementara wanita itu keluar dari keretanya ini.

“Kemain kepala dia ambik side.”

anjing

“Comel kepala mesti main peranan ek.”

wanita

“Kemain tinggi budi bahasa dia.”

komen

“Part last tu muka macam merajuk kena suruh pergi jauh.”

tik tok



Kredit -himpunanceritalawak



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post