Pemandu e-hailing ceder4 ditik4m, s4mun. Rupanya ini umur svspek. Muda lagi

Pemandu e-hailing ceder4 ditik4m, s4mun. Rupanya ini umur svspek. Muda lagi

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing cedera akibat ditik4m dengan pisau oleh seorang penumpang lelaki yang bertindak melakukan s4mun terhadapnya di tepi Jalan Sentul Pasar, dekat sini semalam.

Pemandu e-hailing ceder4 ditik4m, s4mun. Rupanya ini umur svspek. Muda lagi



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada pukul 2.08 petang pada hari yang sama daripada pemandu berkenaan yang mendakwa keretanya telah dilarikan suspek.

ARTIKEL MENARIK:Baru je nak masuk lif, sekali kolar baju ‘uncle’ ditarik pengiring VVIP buat ramai geram


“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang berumur 47 tahun telah mengambil suspek di Putrajaya.

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa memberitahu suspek jumlah tambang yang perlu dibayar, namun lelaki itu meminta nombor akaun milik mangsa kerana mahu membuat pembayaran tambang secara online.

“Semasa mangsa sedang mencari nombor akaun miliknya, secara tiba-tiba suspek bertindak menikam leher mangsa menggunakan objek tajam (pisau) pada bahagian leher,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek juga bertindak menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta mangsa jenis Proton Saga warna kelabu dan beberapa barangan peribadi miliknya yang tertinggal di dalam kereta tersebut.

Suspek (kiri) yang berusia 23 tahun berjaya diberkas polis di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.

“Mngsa kemudiannya dibantu orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun kira-kira pukul 12 tengah hari di Kota Damansara, hari ini yang disyaki terlibat dalam kes s4mun tersebut.

“Kita turut merampas kereta yang telah dilarikan suspek dan beberapa barangan termasuk sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa semasa kejadian, sebuah beg silang, kunci kereta, lesen memandu, passport serta kad perlantikan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) milik mangsa dan beberapa keping kad bank.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseks4an.

“Rekod dulu dapatkan view”

Susulan insiden, ramai yang mempersoalkan tindakan tukang rakam yang tidak tampil membantu sehingga ada yang mendakwa bahawa pemilik video tersebut hanya ingin meraih ‘view’ di media sosial.



Loading...


“Rekod lagi penting”

“Takkan perempuan nak tolong?”

Pun begitu, ada yang menyelar komen berkenaan kerana berpendapat ia bukan tindakan yang bijak kerana pergelutan tersebut menggunakan senjata tajam dan amat berbahaya untuk tukang rakam yang dikatakan adalah seorang wanita.

“Dia rakam pun cukup baik”

Sebaliknya, apa yang boleh dilakukan oleh menelefon pihak polis berdekatan, sementara tujuan merakam pula adalah sebagai bukti untuk membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

“Mngsa tak sedarkan diri…”

Sementara itu dimaklumkan oleh adik mngsa, Kumaravel bahawa abangnya sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan akan menjalani pembed4han hari ini.

“Abang saya kena dua kali tik4man dengan pisau di bahu berdekatan leher. Doktor maklumkan lagi sikit urat boleh putus.

“Saya sangat marah, kami bukan orang senang. Dia kerja pemandu sahaja dan anak-anak pun masih kecil. Telefon bimbit, wallet, kereta dan lain-lain semua dia samun,” katanya yang memaklumkan telah membuat laporan polis.

Difahamkan, mngsa mendapat pelanggan tersebut menerusi satu aplikasi yang meminta menghantar dari Putrajaya ke Sentul.

Bagamanapun ketika tiba di lokasi, mangsa memaklumkan tiada wang dan ingin membuat bayaran online sebelum tiba-tiba mengeluarkan pisau mencederakan mangsa.

Mengikuti perkembangan semasanya, difahamkan mngsa kini sedang mendapatkan rawatan dan masih tidak sedarkan diri, namun tiada sebarang kenyataan polis berkaitan video tular tersebut.


Kredit -
Trending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post