KJ dedah punca sebenar jemaah umrah ‘naik angin’ depan dia semasa menunggu di KLIA

KJ dedah punca sebenar jemaah umrah ‘naik angin’ depan dia semasa menunggu di KLIA

RAKAMAN memaparkan jemaah umrah yang tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lebih lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tular pada Rabu lalu.

KJ dedah punca sebenar jemaah umrah ‘naik angin’ depan dia semasa menunggu di KLIA



Ia sekaligus menimbulkan pertanyaan netizen mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

ARTIKEL MENARIK:[Terkini]’Mama HiIng Satu2nya Ank Ielaki..’ SukareIawan Dijmput IIahi 0tw Mbntu Mngsa Bnjir.


Pada Khamis, Menteri Kesihatan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, kekurangan kaunter untuk proses pemakaian peranti pengesanan digital pada waktu itu menjadi punca kira-kira 500 jemaah umrah terpaksa menunggu lama di KLIA.

Ujar Khairy, selepas melihat perkara tersebut, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan jemaah tersebut dan mewajibkan mereka memakai gelang pink.

“Dan saya telah maklumkan sehingga syarikat yang mengendalikan (peranti pengesanan digitial) tidak dapat buat (kaunter) dengan cepat, kita masih lagi akan guna gelang pink.

“Tetapi saya difahamkan hari ini atau esok, mereka akan tambahkan kaunter, jadi tidak akan ada masalah,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian peranti pengesanan digital kepada jemaah yang pulang daripada Arab Saudi itu amat penting kerana kebanyakkan kes C00vid-19 di negara ini yang melibatkan varian Omicr00n adalah daripada Makkah.

Justeru itu, menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan kes C00vid-19 varian Omicr00n di negara ini tidak meningkat.

“Kita purata setiap hari ada 1,000 orang yang balik daripada Arab Saudi.

553 (5)
Beberapa sekatan baru mungkin akan diumumkan jika situasi kes Omicr00n dalam negara bertambah buruk.

“Kebanyakkan kes import Omicr00n di Malaysia yang kita dah ‘sample’ (kaji) adalah dari mereka yang pulang dari umrah.

“Sekarang ini saya difahamkan Arab Saudi pun sudah keluarkan kenyataan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka akan jarakkan semula saf,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa sekatan baru mungkin akan diumumkan olehnya jika situasi kes Omicr00n dalam negara bertambah buruk.

Katanya, ia berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicr00n adalah lebih tinggi berbanding varian-varian sebelum ini.

“Apa yang saya tahu ialah sekiranya jangkitan kita meningkat, maka jumlah yang akan masuk ke hospital juga akan meningkat.

“Itu yang kita nak elak. Tekanan kepada sistem kesihatan kita sehingga hospital kita lumpuh.


Loading...


“Senang kata, tidak ada katil lagi dah sebab cepat sangat (merebak) macam bulan Ogos lepas,” jelasnya.

Gelang elektronik: Jemaah umrah dianggap penjen4yah? – PPIM

PETALING JAYA: Arahan pemakaian gelang elektronik ke atas jemaah yang baru pulang dari menunaikan umrah seolah-olah menganggap mereka adalah penjenayah, kata Datuk Nadzim Johan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu berkata, peraturan berbeza bagi jemaah umrah dan mereka yang pulang dari destinasi pelancongan seolah-olah menganggap jemaah yang pulang dari Arab Saudi adalah golongan tersebut.

“Apakah arahan berbeza ini menunjukkan bahawa mereka yang pulang dari menunaikan ibadat menjadikan lebih rentan dari mereka yang pulang dari melancong?

“Peraturan sebegini seolah-olah mereka yang baru pulang dari Mekah adalah penjenayah yang menjalani perintah sekatan manakala mereka yang pulang dari melancong sebagai rakyat yang diringankan hukumannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nadzim, keadaan di Mekah atau London atau di mana-mana sahaja semuanya telah terdedah kepada virus C00vid-19 atau varian terbaharunya, Omicr00n.

Beliau mempersoalkan apakah badan kesihatan dunia seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Arab Saudi sebagai negara yang mempunyai kadar jangkitan Omicr00n yang tinggi.

“Saya menyeru kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin supaya menghentikan lakonan ini dan berpijak di bumi nyata serta tidak membeza-bezakan layanan terhadap rakyat yang pulang ke negara ini,” katanya.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, proses pemakaian alat penjejak oleh Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas mereka yang mengunjungi negara luar dan menjalankan kuarantin di rumah mengambil masa terlalu lama menyebabkan jemaah umrah yang baru tiba di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari tanah suci, ‘naik angin’. – UTUSAN ONLINE viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post