Hilang isteri, 3 anak sekaligus. Ustaz Nazri ceritakan kembali detik sebelum dilangg4r

Hilang isteri, 3 anak sekaligus. Ustaz Nazri ceritakan kembali detik sebelum dilangg4r

Saya hanya sempat mendengar arwah isteri menyebut Allahuakhbar sebelum kami dirempuh kenderaan itu,” demikian diceritakan Mohd Nazri Hamid, 44, mengenai kejadian kemala ngan yang meragut nya wa isteri serta tiga anaknya di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang pada petang Jumaat.

Hilang isteri, 3 anak sekaligus. Ustaz Nazri ceritakan kembali detik sebelum dilangg4r



Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki mereka sekeluarga direm puh sebuah pacuan empat roda Nissan Navara yang dipercayai melang gar lampu isyarat merah dan kejadian itu menyebabkan guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang, Raihan Mohamad, 43, serta tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4, ma ut.

ARTIKEL MENARIK:Raih RM6,000 Kerja Petik Buah Saja? Mohd Saufi Kongsi Cara Kalau Betul Betul Mahu Berkerja Di Australia


Mohd Nazri tidak dapat menahan kesedihan ketika pengebumian jenazah isteri dan tiga anaknya.

Mohd Nazri, yang juga seorang guru di sekolah sama berkata ketika kejadian, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari rumah di kuarters kediaman guru di sekolah itu pada pukul 10 pagi menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri anak saudara kepada Allah yarham isterinya di Kajang yang akan berlangsung pada Sabtu.

Menurutnya, perjalanan itu turut diiringi abang iparnya yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Pajero bersama dua anaknya lagi Ahda Fasihah, 11, dan Ahmad Awaz, 12, yang terselamat dalam kejadian itu.

“Ketika tiba berhampiran lencongan di Sungai Koyan, ada sebuah treler terbalik sekali gus membuatkan perjalanan tergendala sekitar 30 minit.

Selepas itu, saya meneruskan perjalanan untuk ke Karak-Kuala Lumpur dan ketika itulah kenderaan yang dipandu saya direm puh oleh sebuah pacuan empat roda Nissan Navara yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

“Kejadian itu menyebabkan isteri dan tiga anak kami tercampak keluar dari kenderaan…saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kehadiran kenderaan itu di hadapan kereta kami,” ujarnya sebak ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Mukim Panchor, Pengkalan Chepa, di sini pada Sabtu.



Loading...


Jena-zah empat beranak yang ma-ut dalam kejadian itu dikebu-mikan dalam satu liang lahad di tanah perku-buran tersebut pada jam 9.50 pagi tadi.

Jena-zah sebelum itu tiba dengan van jena-zah pada jam 8.30 pagi dan disembahyangkan di Masjid As-Siddiqin, Panchor di sini yang diimamkan oleh suami mang-sa.

VIDEO:

Iktibar Untuk Orang Lain

Sayu dan pilu tengok gambar ni. Ustaz Nazri kehilangan isteri dan 3 orang anak serentak dan sekelip mata.

Dalam video yang tular dikongsi, abang ada dengar ustaz nazri berkata.

“Saya tak nak hukum sape betul dan sape salah, tapi dengan keadaan sekarang yg berlaku, sebagai iktibar untuk orang lain. Sape betul dan salah, kita serah pada Allah Taala. Ini geroh (takdir) keluarga saya.”

Ucapan dan kata-kata yang cukup sabar sedangkan berat ujian beliau.

Hebatnya seorang ayah, hebatnya seorang suami dan hebatnya seorang murabbi.

Semoga Ustaz Nazri kuat menghadapi ujian ni. Dan semoga isteri dan anak-anak yang terkorbn ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Al-Fatihah…..

Sumber: FB Ustaz Haji Taufik UT viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post