PETALING JAYA – ‘Yang tak tenang tu mak bapak kau. Yang menipu itu mak kau”.
PETALING JAYA – ‘Yang tak tenang tu mak bapak kau. Yang menipu itu mak kau”.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Netizen penat senyum sendiri, gelagat ‘sweet’ suap makan masih sama Aliff Aziz & Bella Astillah
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA berkata, dia sememangnya dimasukkan ke hospital berikutan mengalami keracunan makanan yang kronik sehingga terpaksa dirujuk ke ICU bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Kata Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, 56, dia sepatutnya ditahan di pusat perubatan swasta tersebut untuk beberapa hari namun meminta kebenaran untuk keluar lebih awal kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru.
“Malam itu, saya beli burger tepi jalan kerana malas nak pandu lalu yang beratur panjang di sebuah restoran makanan segera.
“Ini mungkin pengajaran buat orang ramai juga untuk lebih berhati-hati membeli makanan di jalanan. Tahun lepas pun saya dah kena tapi tak serik juga.
“Kesalahan saya sebab masa dapat itu saya terus makan di dalam kereta. Sepatutnya, balik dulu dan periksa ada cacing atau sebagainya tapi ini makan terus sebab lapar.
“Bercakap pasal ICU, saya hanya berkongsi foto tangan saya menerima drip air selain memaklumkan saya keracunan makanan dan tulis kapsyen jangan risau,” katanya.
Tambah bekas pengacara Lagu Cinta Kita itu lagi, dia hanya menerima rawatan tidak sampai tiga jam pada hari kejadian dan terus bertolak ke Johor Bahru bagi menghadiri sebuah program.
“Saya masuk pukul 5.30 pagi dan pukul 7.50 pagi saya cakap dekat doktor saya nak keluar hospital.
“Doktor pun terkejut dan dia cakap tak boleh sebab saya harus ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut. Tetapi saya cakap dekat dia, tak boleh sebab saya ada program di Johor Bahru,” katanya lagi.
Mengenai tohmahan dan cacian melampau netizen, Azwan mengakui terkilan kerana ada yang sanggup mendoakan serta beranggapan dia telah meninggal dunia selepas tular berita mengenainya dimasukkan ke ICU.
“Mak kau yang menipu! Itu semua jangan layan sebab itu semua yang tidak suka saya. Yang suka saya semua okay saja.
“Tak sangka sebab ada yang cakap ingatkan masuk ICU dah mati. Saya seorang individu yang sering dikecam. Pernah dengar orang masuk ICU sejam saja dan lepas itu siap menari dan drive (memandu) sendiri ke Johor?,” soalnya.
Jumaat lalu, Azwan mengejutkan ramai terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan dan perkara tersebut dikongsikan menerusi ciapan dalam akaun Twitternya. – K! ONLINE via
Post a Comment