“Cakap elok-elok tak nak keluar” Cuba Ceroboh Kawasan Rumah, Zarina Anjoulie Bengang

“Cakap elok-elok tak nak keluar” Cuba Ceroboh Kawasan Rumah, Zarina Anjoulie Bengang

Pelakon, Zarina Anjoulie meluahkan rasa geram apabila segelintir pelanggan kedai makan ibunya tidak menghormati ‘privacy’ mereka sekeluarga. Menurut Anju, pelanggan tersebut siap masuk ke dalam rumahnya meskipun telah dilarang.

“Cakap elok-elok tak nak keluar” Cuba Ceroboh Kawasan Rumah, Zarina Anjoulie Bengang



Buat macam rumah sendiri

ARTIKEL MENARIK:“Sebagai keluarga, saya terkesan” – Rupanya Ini Hubungan Ernie Zakri dengan Keluarga Anuar Zain


Aku tak faham manusia ni dah makan dekat kedai emak aku, pasti nak jalan-jalan sampai masuk rumah aku. Annoying bila dah cakap suruh keluar macam tak faham bahasa. Bukan sorang, satu kampung pula tu. Aku dah cakap sekali tak faham bahasa, lepas tu kau marah aku suruh cakap elok-elok. Orang berkemban ni haa dekat rumah, kau bawa anak beranak kau. Percaya atau tidak, ada yang sampai masuk rumah, duduk macam buat rumah sendiri. Tapi bila aku keluar bilik, dia orang lari sambil cakap ‘ek ada orang lari’ jadi kau tahu la ni rumah orang.

Menurut Anju, dia berasa hairan dengan sikap manusia yang tidak faham bahasa sejak belakangan ini. Ujarnya, bukan seorang dua yang datang ke rumahnya pada masa itu. Sebagai manusia biasa, Anju meluahkan rasa rimas apabila ‘privacynya’ ketika berada di dalam rumah diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Anju turut memberitahu bahawa dia sudah menegur individu berkenaan secara baik namun, teguran tersebut tidak dipedulikan.

Cakap elok-elok tak nak keluar



Loading...


Untuk mak cik tadi, aku dah cakap elok-elok dekat kau tadi kau yang tak nak keluar. 4 kali aku suruh kau keluar tak menyirap aku? Come on please respect other peoples privacy. Dekat luar aku dah memang jadi hal netizen ok fine tapi takkan sampai dekat rumah aku sendiri pun aku tak ada privasi!

Di samping itu, Anju berharap setiap individu mempunyai rasa hormat terhadap ‘privacy’ individu lain. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Anju memberi pesanan buat individu berkenaan agar menjaga adab ketika berkunjung ke sesuatu tempat. Jelas pengikut Anju lagi, kedai makan dan rumah merupakan dua tempat yang berbeza. Oleh itu, individu yang diperkatakan oleh Anju itu perlu berfikir sama ada tindakan yang dilakukan itu betul atau salah.

Sumber: Zarina Anjoulie viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post