Bukan Saja-saja Guna, Rupanya Ini Alasan Bijak Kenapa Banyak Tandas Luar Negara Pakai Lampu Warna Biru

Bukan Saja-saja Guna, Rupanya Ini Alasan Bijak Kenapa Banyak Tandas Luar Negara Pakai Lampu Warna Biru

Kebiasaannya, tandas selalu dikunjungi oleh orang ramai, lagi-lagi kaum Hawa. Ada la benda nak betulkan awning tudung, solekan dan ada juga yang hanya untuk berswafoto dengan rakan-rakan.

Bukan Saja-saja Guna, Rupanya Ini Alasan Bijak Kenapa Banyak Tandas Luar Negara Pakai Lampu Warna Biru



Tambahan pula, sudah banyak tandas mempunyai reka dalaman yang cantik dan mewah. Hal ini dikatakan demikian kerana bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pihak pengunjung.

ARTIKEL MENARIK:Wanita ‘Belanja’ Deko Rumah Ala-ala “Farmhouse”, Rumah Jadi Lagi ‘Luas’ & Selesa


Namun, tahukah anda ada sesetengah negara menggunakan lampu berwarna biru di tandas selain daripada menggunakan lampu biasa? Mari kita ikuti perkongsian daripada Washington Post.

Dikatakan terletak di kawasan terpencil, mudah diakses dan bebas daripada pengawasan keselamatan, tandas awam selalunya dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti terlarang itu.

Sebagai jalan penyelesaian, sesetengah peruncit di Amerika Syarikat dilapor memasang lampu biru di dalam kawasan tandas. Logiknya, lampu biru menyebabkan penagih sukar menentukan kedudukan urat pada tangan.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 260 buah tandas di Turkey Hill Minit Markets dipasangan dengan lampu biru.

Menariknya, dalam tempoh enam bulan berikutnya, pengurusan mendapati berlaku penurunan mendadak aktiviti penagihan dadah di dalam tandas di kawasan berkenaan.

Tambahan pula, satu kajian dilakukan pada tahun 2013 menunjukkan, walaupun penggunaan lampu biru mungkin dapat menghentikan aktiviti tersebut, namun ia juga menyebabkan timbul isu lain pula.




Loading...


Sebanyak 18 orang yang ditemu bual berkata mereka cuba menyuntik di dalam bilik mandi bercahaya. Menurut laporan, separuh daripada mereka berkata akan mencuba untuk menyuntiknya sekali lagi dan mengambil risiko kemudian, seperti kerosakan urat dan jangkitan.

Jadi, apabila tersalah cucuk, maka terkeluarlah darah dari dalam badan dan akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman di kawasan tersebut.


Kredit -Washingtonpost.com viaSiakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post