“3 Bulan sebelum dia nak meninggal, dia tak nak jumpa saya”-Yusuf Azmi

“3 Bulan sebelum dia nak meninggal, dia tak nak jumpa saya”-Yusuf Azmi

Terdahulu, Abang Ali meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh, Johor di sini semalam.

“3 Bulan sebelum dia nak meninggal, dia tak nak jumpa saya”-Yusuf Azmi



Difahamkan, kem4langan berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.

ARTIKEL MENARIK:Yusuf Azmi kongsi perbualan terakhir Dato Hisham bersama Abg Ali buat ramai sayu


Hari ini, saudara Yusuf Azmi ada memuat naik video perkongsian berkenaan arwah buat ramai sebak

“Saya akan jaga Boss…saya sanggup m4ti untuk Semboyan” -Abg Ali

“Itu kata-kata Abg Ali yang saya ingat sampai hari ni. Saya mohon doakan Abang Ali…terasa sayap saya hilang.

Beliau orang yang baik dan sentiasa ada dengan saya, jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk bersama dengan saya ketika susah, dan beliau ada dengan saya ketika saya jatuh.

Pemergian Arwah betul-betul mengejutkan saya..Saya tak sempat nak buktikan pada Abg Ali apa yang sedang saya rancang”

Menurut Yusuf Azmi lagi, tiga bulan sebelum arwah meninggal, dia tak jumpa beliau. Arwah ada cakap benda yang sama “Boss kalau saya tak ada, boss uruskan semua ye. Boss mandikan saya, boss kafankan saya”

(Al-Fatihah)

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

ALLAHUAKHBAR, PERGINYA ‘PERMATA’ SEMBOYAN MALAYSIA…

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ali bin Salimin (Abang Ali), pada 22 Januari 2022 bersamaan 19 Jumadil Akhir 1443H.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, hapuskanlah serta ampunilah dosa-dosanya.”Semoga arwah tenang bersemadi dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.. Amin ya rabbal a’lamin

Saya berjanji saya takkan tinggalkan abg ali

Masuk lokap bersama.Pergi Umrah bersama..

Masuk Hospital Covid Bersama..Susah senang kita bersama…Kali ini tetap kita bersama abg ali..



Loading...


saya akan uruskan jenazah abg ali buat kali terakhir…Allah lebih sayangkan abg ali..Saya berjanji saya takkan tinggalkan abg ali setiap hari.Setiap hari saya akan Hadiahkan bacaan Al Quran buat abg ali..Saya mohon semua yang menyayangi abg ali hadiahkan zikir “Lailaha Illallah”Sebanyak 100x..Saya mohon..

Arwah pernah pimpin saya turun tangga’ – Hadi Awang

PETALING JAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memuat naik gambar beliau dipimpin oleh Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali di laman Facebooknya semalam.

Pada masa sama, Abdul Hadi yang juga Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian Abang Ali sambil menitipkan doa buat arwah.

“Mendapat perkhabaran berita sedih petang ini berkenaan saudara Ali bin Salimin daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia telah kembali ke rahmatullah, selepas terlibat dalam kemalangan.

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” ujarnya.

Mengulas berkenaan gambar tersebut, Setiausaha Akhbar kepada Abdul Hadi, Abdul Malik Ab Razak berkata, gambar itu dirakam secara tidak sengaja ketika arwah bersama Yusuf Azmi dan sahabat-sahabat daripada PPIM melawat Abdul Hadi di kediamannya di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.

“Gambar itu gambar lama, ketika arwah dan rakan-rakan melawat Tuan Guru pada 29 September 2017 lalu.

“Masa tu Tuan Guru nk turun tangga, arwah Abang Ali dan Yusuf Azmi pimpin tangan Tuan Guru takut dia terjatuh. Saya doakan semoga Allah tempatkan Abang Ali dalam kalangan orang-orang yang soleh,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Arwah Abang Ali (kanan) memimpin tangan Abdul Hadi untuk turun tangga ketika arwah dan rakan-rakan PPIM mengunjungi kediamannya di Kampung Rusila, Marang, Terengganu pada 29 September 2017.

Perkongsian gambar berkenaan turut menarik perhatian ramai apabila mendapat tanda suka sebanyak 12,000, 717 komen dan dikongsi 419 kali oleh pelayar Facebook setakat pukul 12.15 tengah hari ini.

“Seganas-ganas raut muka, arwah tetap hormat kepada Tuan Guru.. Muka jer tapi hati Masya-Allah baik. Semoga Allah mencucuri rahmat dan memberi keampunan kepada arwah dan diri kita semua,” tulis Jamri Son.

“Ramai orang menyaksikan kebaikan Abang Ali sepanjang berjuang sebagai aktivis PPIM. Semoga syurga buatnya, alfatihah dibaca,” ujar Nur Kamaliah pula.

Abang Ali selamat dikebumikan, pemergian yang dicemburui’

KUALA LUMPUR – Jenazah Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi melalui perkongsian di laman Facebooknya berkata, sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah, selepas subuh.

“Syukur Alhamdulillah urusan pengebumian jenazah almarhum sahabat perjuangan saya, Abang Ali telah selamat dan selesai semuanya kira-kira pukul 8 pagi.

“Masya-Allah dengan kehendaknya dan izinnya, begitu ramai orang mendoakan sahabat Abang Ali, pemergian yang dicemburui,

“Ramai yang menyolatkan jenazah dan ramai juga yang mengiringi jenazah ke perkuburan. Allahuakbar! Cemburu saya, bila orang yang baik-baik datang ziarah dan beri penghormatan,” ujarnya sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang mengutuskan ucapan buat arwah.

Terdahulu, Abang Ali meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh, Johor di sini semalam.

Difahamkan, kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson. –

Terdahulu, Abang Ali yang menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Pagoh, Johor kira-kira pukul 12.15 tengah hari, semalam.

Jenazah Abang Ali dibawa dan disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah, Ampang selepas subuh dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi tadi.

kredit: Yusuf Azmi viaTrending Sangat






-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post