26 Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Mesyuarat Hari Ini

26 Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Mesyuarat Hari Ini

JOHOR BAHRU: Mesyuarat 26 Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor hari ini menghangatkan lagi khabar angin pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semakin hampir.

26 Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Mesyuarat Hari Ini



Mesyuarat tertutup di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal, di sini itu dipengerusikan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba bermula pada jam 3 petang hari ini.

ARTIKEL MENARIK:“Dituduh Reka Cerita?”- Akhirnya Wanlta Yang Viralkan Gambar Makanan RMT Buka Cerita Sebenar


Bagaimanapun Adham yang juga Menteri Sains dan Teknologi enggan mengulas lanjut agenda dan butiran mesyuarat berkenaan.

Sebaliknya, Adham berkata, mesyuarat itu tidak mempunyai kaitan dengan PRN Johor yang dikatakan akan berlangsung dalam waktu terdekat.

Difahamkan, mesyuarat itu membuat membincangkan hasil analisis mengenai PRN Melaka November tahun lalu.

Perbincangan itu bagi menilai semula kekuatan parti sekiranya PRN diadakan dalam waktu terdekat.



Loading...


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum itu dilaporkan berkata, UMNO akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dalam waktu terdekat berhubung kemungkinan diadakan PRN Johor.

Beliau berkata, perkara yang perlu difikirkan UMNO ketika ini adalah waktu sesuai untuk pilihan raya itu diadakan.

BHonline- viaMYNEWSHUB





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post