Banjir yang melanda sekitar Selangor sejak beberapa hari ini sememangnya menakutkan apabila ramai yang terperangkap dirumah masing-masing susulan air naik dengan cepat.
Ada yang terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah dan menanti bantuan dari pihak penyelamat.
ARTIKEL MENARIK:Raky4t Mar4h Men4ntu PM Disel4matkan Helik0pter Dari B4njir
Melihat perkongsian-perkongsian di media sosial, masih ramai yang belum menerima bantuan walaupun banjir sudah 3 hari berlaku.
Sama2 turun padang bantu mangsa banjir
Menerusi perkongsian suami kepada pelakon cantik, Nora Danish iaitu Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned di Instagramnya, beliau dan team telah bergerak ke Taman Sri Muda, Shah Alam untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
Dua hari stuck dalam banjir
Apa yang menyebakkan adalah ketika operasi tersebut, beliau telah menyelamatkan dua orang bayi yang sudah dua hari terperangkap di dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain.
Hal tersebut juga dikongsikan di Instagram radio Hot FM dan mendapat perhatian ramai.
Warganet yang melihat kondisi mangsa banjir terutamanya bayi yang baru diselamatkan itu nyata berasa sangat sebak kerana tidak tahu apa yang akan berlaku andai bantuan untuk mereka lambat tiba dan air banjir semakin naik dan boleh menenggelamkan kawasan rumah mereka.
Terima kasih bro & team!
Tindakan murni yang dilakukan oleh Boss Ned dan semua pihak yang sama-sama membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap ini telah mendapat pujian ramai dan masing-masing mengucapkan ribuan terima kasih diatas khidmat bakti tersebut.
Sabarlah semua atas dugaan ini
Banjir ni rakyat tolong rakyat
Terima kasih kepada semua yang menyelamat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit - Instagram Boss Ned, hotfm976 via
Post a Comment