Beberapa minggu lepas, tular di media sosial apabila seorang wanita memuat naik satu video menari di hadapan Pejabat Agama Islam Teluk Intan di aplikasi TikTok.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan memaklumkan yang dirinya sah bergelar janda dan sudah berpisah dengan suami secara baik. Mereka berdua juga membuat video berjoget sakan walaupun ketika itu baru sahaja memutuskan perkahwinan yang dibina.
ARTIKEL MENARIK:VIDEO “Sam4kan Tuh4n Dengan M4khluk H4lus?” Ramai Minta ‘F0under’ Kek Bert4ubat!
Selepas teruk dikecam masyarakat Malaysia, akhirnya bekas suami kepada wanita tersebut yang juga lelaki yang sama-sama berjoget di hadapan pejabat agama itu telah mengeluarkan kenyataan di aplikasi TikTok dengan memohon maaf diatas keterlanjuran yang berlaku.
Mohon maaf atas video tular
Vokalis kepada kumpulan nyanyian Azzahra Band itu juga menjelaskan bahawa video yang dibua hanyalah bertujuan untuk memberitahu yang mereka berpisah dengan cara baik dan tidak ada sebarang pergaduhan berlaku.
Sebelum membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas video yang dikecam ramai tu, Ejai Aziz memaklumkan yang sebenarnya dia dan bekas isteri telah lama membuat permohonan untuk berpisah kerana sudah hampir setengah tahun tidak tinggal sebumbung.
Nak bagitahu yang berpisah dengan cara baik
Pelbagai cara dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan dan nampaknya tidak berjaya. Jadi penceraian adalah jalan terakhir walaupun sedar ia bukanlah sesuatu keputusan yang baik.
Ejai Aziz turut memberitahu yang dia redha dengan perpisahan ini namun akui tidak gembira dengan apa yang berlaku. Cuma tindakan membuat video menari di hadapan pejabat agama hanyalah untuk memaklumkan yang mereka berpisah dengan cara baik tanpa sebarang perasaan dendam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Post a Comment