Menerusi satu perkongsian, pelakon Fizo Omar meluahkan rasa gembira di atas perkahwinan sahabatnya, Kamal Adli yang telah dikenalinya sejak menyertai Hero Remaja 2007/2008.
Mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Kamal bersama Uqasha Senrose, Fizo sempat mengenang kembali perjalanannya bersama Kamal bergelar selebriti.
ARTIKEL MENARIK:“Bud4k Um0r 5 Tahun B0leh Ke Fah4m..” Caprice Ded4h Cerita Sebel0m K4hwin Mengen4i Ank Tiri Nya
Malah, Fizo berkata perjalanan Kamal bukan mudah dan kini sahabatnya sudah berjaya menjadi salah seorang pelakon lelaki terbaik di Malaysia.
“Hari ni ko dah berjaya jd one the best actor in Malaysia n dah jadi suami orang dah.aku tau ur life journey mmg tough bro.skng ko dah dpt reward in ur carieer n dpt mak cik cantik tu wehh. So proud of u.u deserve it bro.” tulisnya.
Lebih menjadi perhatian, Fizo mengucapkan selamat maju jaya kepada Kamal dalam kehidupan berumah tangga apatah lagi Uqasha seorang yang sangat manja.
Perkongsian Fizo itu mendapat reaksi daripada Kamal yang mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu serta berjanji akan menjadi suami yang terbaik untuk isterinya.
Selasa lalu, Kamal dan Uqasha mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan mereka sudah pun bergelar suami isteri sejak sebulan lalu iaitu pada 5 November 2021.
Sumber: rotikaya via ROSE MERAH
Post a Comment