“Siapa Ya?” Rossa Tak Kenal Iqbal, Terpinga-Pinga Dapat Tahu Ada G0s1p… Hanya Jumpa Sek4li Untuk Berg4mbar

“Siapa Ya?” Rossa Tak Kenal Iqbal, Terpinga-Pinga Dapat Tahu Ada G0s1p… Hanya Jumpa Sek4li Untuk Berg4mbar

Siapa ya? Demikian reaksi spontan penyanyi Datuk Seri Rossa ketika ditanya sejauh mana perkenalannya dengan usahawan kontrversi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Siapa Ya?” Rossa Tak Kenal Iqbal, Terpinga-Pinga Dapat Tahu Ada G0s1p… Hanya Jumpa Sek4li Untuk Berg4mbar



Rossa atau nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, mendedahkan dia tidak mengenali bekas pembantu Datuk Seri Vida itu dan mereka hanya bertemu sekali semasa sesi tayangan filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:“Nora Danish Suka ‘Bel4nja’,” Pensy4rah Fiqh F4twa Bagi Satu Nasihat P4du


“Siapa tu ya? Saya tak kenal siapa dia tapi saya ingat semasa tayangan filem Love Knots ada yang mahu ambil foto sama saya, dia kata dari Malaysia.

“Tapi cepat sangat, kami hanya ambil foto bersama dan tidak berbual apa-apa lagi.


“Biasanya kalau ada orang mahu ambil foto saya pasti setuju, tapi namanya saya lupa… tiada masalah kalau mahu berkenalan tidak apa,” katanya.

Rossa ditemui semasa sidang media lagu terbaharu Terlalu Berharap yang diadakan secara maya pada Isnin.

Pada 29 November, mStar melaporkan Iqbal kini sedang cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang itu.

Dalam pertemuan di Indonesia itu, Iqbal menyifatkan penyanyi lagu Pudar berkenaan seorang yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.

Ditanya mengenai jodoh, penyanyi yang pernah digosipkan dengan Afgan ini berkata hal perkahwinan bukanlah keutamaan buatnya.



Loading...




“Sekarang ini saya tidak mendekati sesiapa lagi kerana keutamaan saya bukan ke situ (kahwin). Kalau ada teman-teman nak carikan… ya terima kasih tapi jangan dilayan gos1p-gos1p.

“Perkahwinan bukanlah keutamaan bagi saya lagi… saya sudah ada anak jadi hal jodoh biarlah Allah yang tentukan. Waktunya hanya Allah sahaja yang tahu, saya di dunia hanya jalani kehidupan sebaik-baiknya.

“Sekarang ini pun saya sangat bersyukur kerana ramai yang menyokong karier nyanyian saya… jadi itulah keutamaan saya, hal jodoh biarlah ia datang sendiri.

“Tipulah kalau kata tak ada yang cuba dekat tapi saya tak berani nak kongsi secara umum sebab belum tahu sejauh mana, kalau dah pasti mahu bernikah lagi, barulah saya kongsi,” ujarnya.


Sumber: mStar via ROSE MERAH


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post