Sebab kenapa terowong SMART boleh masuk dalam senarai 10 terowong terbaik dunia

Sebab kenapa terowong SMART boleh masuk dalam senarai 10 terowong terbaik dunia

Seperti yang kita sudah maklum, kita sedang dilanda banjir yang sangat dahsyat di beberapa kawasan antaranya Shah Alam, Klang, Karak, Hulu Langat, dan banyak kawasan lain lagi.

Sebab kenapa terowong SMART boleh masuk dalam senarai 10 terowong terbaik dunia



Kalau korang ingin hulurkan bantuan kepada mangsa banjir, kami akan letakkan senarai bantuan banjir di akhir artikel.

ARTIKEL MENARIK:Amaran ribut petir di tiga negeri pagi ini


Baiklah, topik perbincangan kita hari ini ialah Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART). Rata-rata anatara kita semua sudah tahu apakah fungsi terowong tersebut. Awal-awal ni mari kami bagi info sikit mengenai asal-usulnya dulu.

GIF dari giphy.

Terowong yang berfungsi sebagai solusi banjir dan lebuhraya

Siapa yang dah biasa dengan jalan KL mesti selalu nampak SMART. Imej dari AUTOMOLOGY.

Tercetusnya idea SMART ini pada tahun 2001 apabila Kerajaan mencari cadangan untuk penyelesaian yang membolehkan banjir biasa selama tiga hingga enam jam tanpa membanjiri pusat bandar.

Selepas itu, cadangan terowong mula diketengahkan — terowong yang membolehkan banjir untuk memintas pusat bandar adalah salah satu cara untuk mencapai matlamat ini.

Cetusan idea terowong ini diilhamkan oleh Tun Mahathir sendiri, manakala projek ini dilaksanakan melalui perjanjian usaha sama antara MMC Corp Berhad dan Gamuda Berhad dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Lepastu, Lembaga Lebuhraya Malaysia sebagai agensi kerajaan yang melaksanakannyaGusztáv Klados (seorang jurutera dari Hungary) pula sebagai pengurus untuk projek terowong ini.

Projek terowong ini bermula pada tahun 2003 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007. Terowong ini sepanjang 9.7 km dan ia juga terowong saliran air ribut terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Ia juga meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur iaitu:

  1. Masjid Jamek.
  2. Leboh Ampang.
  3. Jalan Melaka.
  4. Dataran Merdeka.
  5. Dang Wangi.
  6. Leboh Pasar.
  7. Pasar Seni.
  8. Daya Bumi.

Selain penggunaan untuk menyelesaikan masalah banjir, ia juga dijadikan sebagai terowong lebuh raya. Jadi, kalau takde banjir, pengguna jalan raya boleh guna terowong ini (nanti kami explain lebih mendalam di bawah).

Oleh kerana kemajuannya…



Loading...


SMART tersenarai dalam 10 terowong terbaik di dunia

Sesiapa yang belum tahu lagi, mari kami terangkan sikit pasal ni. Korang tahu tak SMART ni tersenarai dalam 10 terowong terbaik di dunia yang antaranya dari negara-negara maju seperti JepunChinaNorwayPerancis dan England.

Korang boleh tengok senarai tersebut di sini.

Kalau nak korang nak tahu, SMART ini berada di tangga ke lapan dari sepuluh. Bagaimana ia boleh disenaraikan sebagai terowong terbaik dunia? Hal ini kerana kemajuannya dalam membendung masalah banjir di pusat bandar.

Takpe, mari kami akan explain dengan lebih mendalam…

SMART ni mempunyai empat mod yang berfungsi daripada terowong lebuh raya sampailah menjadi terowong air banjir:

  1. Mod 1: Jika tiada hujan lebat atau banjir berlaku, ia akan dijadikan sebagai terowong lebuhraya.
  2. Mod 2: Kalau banjir berlaku air banjir dialihkan ke terowong pintasan di bawah terowong lebuh raya. Bahagian lebuh raya masih dibuka kepada lalu lintas pada peringkat ini.
  3. Mod 3: Apabila mod ketiga sedang beroperasi, lebuh raya akan ditutup kepada semua lalu lintas.
  4. Mod 4: Selepas memastikan semua kenderaan telah keluar dari lebuh raya, pintu kedap air automatik akan dibuka untuk membolehkan air banjir melaluinya

Selepas banjir berakhir, terowong itu akan dibersihkan melalui cucian bertekanan, dan lebuh raya akan dibuka semula kepada lalu lintas dalam masa 48 jam selepas penutupan.

Ini merupakan bagaimana fungsi-fungsi mod SMART. Imej dari Tomorrow.City.

Kalau nak lebih senang faham, korang boleh tengok video di bawah:

SMART sepatutnya ada di kawasan yang selalu dilanda banjir

Boleh dikatakan SMART ni sebagai penyelamat la kerana banyak kali menghalang banjir kilat daripada berlaku. Kita pun sudah lihat keberkesanannya di Kuala Lumpur.

Pembinaan SMART. Imej dari Mott Macdonald.

Jadi, SMART ini boleh dibina di sekitar negeri-negeri atau kawasan yang selalu dilanda banjir. Kalau kita lihat dari kejadian banjir sekarang, pihak terlibat selepas ini boleh berfikir adakah pembinaan SMART ini patut diluaskan.

Kemungkinan ia akan memakan kos yang sangat besar, tapi kalau projek rakyat atau kemudahan rakyat, tidak akan ada istilah pembaziran.


Kredit -SOSCILI




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post