“Ken4ng J4sa R4kyat Malaysia,” Bapa Ainul Mardhiah Tek4d Bantu M4ngsa B4njir

“Ken4ng J4sa R4kyat Malaysia,” Bapa Ainul Mardhiah Tek4d Bantu M4ngsa B4njir

Jika kita masih ingat akan kisah adik Ainul Mardhiah iaitu bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan, pasti akan tersenyum apabila mendengar khabarnya yang kian pulih.

“Ken4ng J4sa R4kyat Malaysia,” Bapa Ainul Mardhiah Tek4d Bantu M4ngsa B4njir



Bayi kesayangan rakyat Malaysia ketika itu mendapat perhatian ramai dan turut dibantu doktor pakar kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom untuk menjalani pembedahan di sana.

ARTIKEL MENARIK:“Wah4i Bumi Tel4nlah Airmu…” D0a Dari Pot0ngan Surah Hud Ini Trending


Kenang kebaikan rakyat Malaysia

Berkat usaha banyak pihak serta doa yang tak pernah putus dari rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh berjalan dan kembali sihat.

Terkenangkan kebaikkan dan bantuan yang cukup besar terhadap anaknya, bapa kepada adik Ainul telah bertekad untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor ketika ini.

Usaha beri bantuan semampunya

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang dia sangat berterima kasih dengan bantuan yang pernah jutaan rakyat Malaysia berikan kepada mereka dan ini masanya untuk dia membalas budi walaupun tidak seberapa.

Dia yang mengusahakan perniagaan barangan runcit dan memiliki pasar mini sendiri di Melaka akan mengedarkan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.



Loading...


Akan hantar dari Melaka ke Selangor

Walau bagaimanapun, Ahmad Safiuddin mengakui tidak dapat memberikan banyak namun sumbangan yang diberikan diharap mampu meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Dia juga turut mengumpulkan barangan yang diinfaqkan orang ramai dan membawanya  sama ke Selangor dari Melaka.

Dikesempatan itu, Ahmad Safiuddin mengakui sama sekali tidak akan melupakan segala jasa baik rakyat Malaysia dan syukur Alhamdulillah anaknya kini membesar dengan baik serta ceria.

Barang bantuan yang disediakan dan telah dikumpulkan akan mula dibawa ke Selangor bermula Rabu dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Kredit -Facebook Ahmad Safiuddin viaROSE MERAH




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post