BARANG kemas yang diperbuat daripada emas sentiasa menjadi rebutan ramai apatah lagi di musim perayaan atau sewaktu harga galian tersebut merudum.
Namun dalam asyik membeli barangan emas tersebut ada diantara mereka yang terpedaya dek kerana kurangnya ilmu berkaitannya.
ARTIKEL MENARIK:Tip Paling Mudah Untuk Lajukan Laptop Yang Lembap, Buat 3 Step Ini Saja!
Justeru itu seorang pengurus kedai emas mengambil peluang untuk berkongsi sebuah video di laman sosial medianya.
“Akak beli dengan kawan tapi dia tak beritahu ada besi dalam tu”, ini kes kedua bulan ni,” tulisnya di media sosial.
Bercakap kepada mStar, Pengurus Kedai Emas Faiz dari cawangan Perlis, Muhd Fahmi Ismail berkata, video tersebut sebenarnya bertujuan untuk berkongsi pengalaman pelanggan yang hadir ke kedai mereka untuk menjual semula emas yang telah dibeli.
Menurutnya, masih ramai pengguna yang tidak sedar bahawa gelang jenis “bangle” yang dibeli mereka mempunyai spring besi.
“Dalam bangle memang ada spring besi untuk kuatkan (gelang) sebab emas 916 lembut, cumanya masih ramai yang tak tahu.
“Bila mereka datang kedai, kami akan buka besi spring tu dan kira berat asal je, jadi disitu mereka akan kecewa sebab dah beli dengan harga yang agak tinggi.
“Untuk mereka yang tak pernah berurus niaga membeli emas, kebiasannya mereka akan rasa terkejut dan tertipu,” katanya.
Spring dalam gelang jenis bagle.
Menurut Faiz, sesetengah penjual juga kadangkala mengambil kesempatan untuk menjual gelang terbabit berdasarkan berat keseluruhan gelang – bukannya berat emas pada gelang terbabit.
Jelasnya, walaupun berat spring tersebut kelihatan kecil, nilainya tetap besar jika dibandingkan dengan harga emas.
“Contoh barang kemas berat lima gram, spring besi 0.80 gram, ikutkan kedai perlu kira berat lima gram je, tapi mereka akan total 5.80 gram, sekali dengan besi.
“Tapi bila time nak jual, kedai pembeli macam kami akan buka besi jadi berat asal lima gram sahaja.
“Sebenarnya 0.80 gram tu banyak, jika dikira 0.80 gram tu emas harganya boleh cecah RM175,” katanya bagaimanapun kiraan harga emas itu perlu mengikut nilai pasaran semasa.
Spring tersebut luntur warnanya apabila disokong pada permukaan yang kasar.
Menurut Muhd Fahmi, pengguna yang ingin membeli emas perlulah mempunyai ilmu untuk mengelakkan daripada ditipu.
“Nak salahkan penjual 100 peratus pun tak boleh juga, selalu kedai memang tak akan sebut (pasal spring) tapi kalau customer tanya mereka akan mengaku.
“Sebab tu nak beli emas pun kena ada ilmu.
“Tips dia, pembeli kena ringankan mulut untuk bertanya, untuk gelang bangel mostly memang ada spring dalam tu, tak berat tapi kalau dikira dengan nilai total emas, harga akan jadi lebih mahal berbanding harga yang sepatutnya,” katanya.
Muhd Fahmi berharap video perkongsiannya akan sedikit sebanyak membuka mata masyarakat untuk lebih peka dan mendalami ilmu tentang emas.
Hantar Kedai Baiki Gelang, Sekali Bila Ambil Balik Dah Ketat Tak Muat
Tidak dinafikan akhir-akhir ini, sudah menjadi trend dalam kalangan netizen untuk membeli emas terutamanya golongan wanita.
Emas yang dibeli bukan sahaja dapat dijadikan sebagai aksesori malahan dapat dijadikan sebagai pelaburan pada masa akan datang berikutan harga emas yang meningkat saban hari.
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ikafariha Fariha, mendakwa dirinya telah ditipu oleh sebuah kedai emas ketika dia menghantar gelang tangannya untuk dipotong.
Pengajaran buat semua
Kisahnya bermula apabila wanita ini, menghantar gelang tangannya ke kedai emas untuk dipotong berikutan keadaan emas tersebut yang terkopek dan kemek berikutan satu insiden semasa kenduri.
Gelang memang labuh sikit. Hari selasa pagi, hantar pergi kedai. Suruh diorang kerat 2 ketul bahagian yang cacat tu. Sebelum tu memang aku dah kira gelung dan ambik gambar siap-siap kot ada yang menipu nanti kan.
Jelasnya lagi, pemilik kedai emas berkenaan memintanya untuk mengambil pada petang hari berkenaan namun, berikutan beberapa masalah yang dihadapinya proses pengambilan gelang tersebut tergendala.
Hari Khamis aku pergi ambil, balik rumah baru aku try. Rasa ketat gelang aku ni. Tak sedap hati dah, kira-kira tidak cukup gelung. 10 kali aku kira sorang-sorang.
‘Memang aku tak masuk dah’
Bercerita lebih lanjut, pemilik kedai pada mulanya berdolak dalih dan sama sekali tidak mengaku sudah mengambil lebihan emas yang dipotong itu.
Berang dengan apa yang terjadi, wanita ini turut meninggikan suara kepada pemilik kedai emas itu berikutan tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu.
Pada masa yang sama, dia turut menunjukkan bukti yang jelas menerusi foto yang ditangkap gambar emasnya sebelum dan selepas dihantar ke kedai itu.
Memang diorang cakap diorang je betul ceritanya. Mati-mati mengaku kerat dua ketul sahaja. Suara aku dah mula naik dah. Pandai tegur aku, hang jangan marah, mari kita bincang.
Aku tunjuk suruh diorang kira balik, aku tunjuk sekali time aku ambil gambar kan ada set time pukul 9 pagi dekat gambar sebelum hantar ke kedai dia. Last-last diorang terpaksa bagi balik seketul coco aku. Buat-buat berlakon cari, memang ada lah ceritanya.
Kejadian seumpama ini membuatkan dia berasa menyesal dan tidak lagi mahu menggunakan servis yang ditawarkan oleh kedai tersebut.
Memang aku tak akan masuk dah kedai emas tu. Kaki penipu.
5 ‘Ilmu’ Tentang Emas Wajib Tahu Sebelum Beli Atau Tukar Barang Kemas!
Ramai wanita suka beli dan kumpul barang emas tapi bagaimana pula ilmu tentang emas. Bagi yang suka mengumpul rantai, gelang atau cincin emas ilmu kena ada supaya tidak ditipu.
Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Ketika ini banyak rekaan aksesori emas menggunakan bahan ini.
Tapi ada yang menyatakan barang kemas dengan chrome putih ini tidak laku tiada nilai bagai sehingga peniaga tawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas berkenaan kononnya tiada kedai yang lain akan menerima barang kemas seperti itu.
Betul ke macam ni? Ha… Sebab itulah pentingnya ada ilmu sebelum beli atau tukar barang kemas.
Sebelum percaya baca dulu penjelasan dari penjual emas sendiri iaitu Syafikah Shafiee. Selain beri penjelasan tentang barang kemas disadur chrome dia turut beri ilmu lain yang berguna terutama untuk wanita pengumpul emas.
Tahu harga emas saja pun tak cukup, perkara ini juga kita kena tahu
1. Awas, strategi untung lebih!
Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. “Ini talak laku. Ambik murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambik.”
Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.
2. Chrome bukan emas putih
Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.
3. Harganya sama saja
Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.
4. Antara emas putih dan platinium
Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
5. Emas kemik atau calar
Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.
Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.
Sumber: Ikafariha Fariha via Oh Bulan via Trending Sangat
Post a Comment