Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera kerap kali menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama selebriti tersebut.
Selepas pelbagai kontroversi menghambat suaminya, Sera nekad untuk mencari keadilan dengan membawa masalah rumah tangganya ke mahkamah syariah.
ARTIKEL MENARIK:“P0pular Dengan Lagu Bila Cinta Didvsta,” Gmie Screen Meningg4l Dvnia
Luahan Sera di TikTok & IG
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian wanita itu di media sosial, dia seakan meluahkan rasa terkilan dengan seseorang apabila merumitkan urusan yang sedang dijalaninya.
alhamdulillah
Hanya mampu bersabar & tabah
Dalam video tersebut, Sera telah meninggalkan beberapa kapsyen dengan meluahkan rasa terkilan kerana diperlakukan sebegitu oleh individu tersebut apabila dibiar menunggu berbulan-bulan sedangkan ‘pihak sana’ sempat bercuti dan check-in hotel.
“Orang memperlakukan aku teruk, diorang biar aku tunggu berbulan-bulan, diorang bercuti, diorang ber ‘check-in’. Aku sabar menunggu walaupun tiada kepastian,”
“Sedih jangan cakaplah. Tuhan saja yang tahu bila, dimana, banyak mana aku menangis,”
“Menipulah ba, ber TABAH terus…tapi aku yakin, ni cara Allah jadikan insan macam ‘kita’ ni lebih sabar dan tabah,”
“Bersyukurlah dalam ujian ini kita orang yang dikhianati, bukan PENGKHIANAT!” tulisnya.
Walau bagaimanapun, wanita kelahiran Sabah itu tidak menyatakan siapa orang yang dimaksudkan olehnya walaupun ramai yang dapat mengagak kiasan berkenaan untuk siapa.
Terdahulu, Sera telah memuat naik beberapa tangkapan skrin mesej dari netizen yang mendakwa terserempak dengan Shuk dan seorang wanita lain sedang bercuti.
Mereka juga dilihat menginap di sebuah hotel dan mesej-mesej tersebut diperoleh daripada beberapa orang yang berada di tempat kejadian.
Sumber: TikTok @rossa_1st- via ROSE MERAH
Post a Comment