Pada 2014, pesawat MH3.70 dalam per jalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan mem bawa 239 individu ter masuk 227 pe numpang dan 12 anak kapal, sebelum ia hi lang dari pada radar.
Pen carian awal yang di ketuai Australia di Lautan Hindi ga gal men gesan pesawat yang hilang itu, men yebabkan misi pen cariannya ditamatkan pada Januari 2017. Pen carian diteruskan oleh Ocean Infinity pada 2018, namun tetap gagal menemui petunjuk.
ARTIKEL MENARIK:“Saya masih lagi Pengerusi MKN Selangor” Noh Omar ‘sekolahkan’ MB Selangor, sampai Amirudin mtk maaf
MH370 di Kemboja?
Seorang juru terbang, Andre Milne dari Unicorn Aerospace men dakwa dia bersama pasukan nya hampir me rungkai ke hilangan pesawat MH.370. Lelaki itu, baru-baru ini, men dedahkan imej satelit yang didakwa sebagai sebagai lokasi MH.370 terhempas di hutan di Kemboja.
Express.co.uk melaporkan, Milne sudah men ghantar imej satelit itu kepada Pentagon dan Rumah Putih untuk dirujuk.
Misi pen carian pesawat itu berdasarkan imej satelit berkenaan dijangka akan dijalankan menggunakan helikopter pada 2022.
Ber dasarkan data yang dimiliki, Milne percaya MH.370 terhempas di Kemboja kerana memiliki bukti isyarat ‘ping’ terakhir pesawat itu. Pesawat itu ber komunikasi untuk kali terakhir bersama menara kawalan kira-kira 38 minit selepas berlepas dan di rekodkan di Laut China Selatan.
Data daripada radar me nunjukkan pesawat itu di lencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.
Pesawat MH.370 yang mem bawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Gerakan men cari dilakukan di Lautan Hindi sebelum di tamatkan pada Januari 2017 serta diteruskan kembali pada 2018, namun masih gagal men gesan keberadaan pesawat itu.
“Hopefully Jumpa Betul-Betul MH370 Kali Ni” – Netizen Beri Reaksi Positif Terhadap Dakwaan Penemuan Baharu Lokasi MH370
Baru-baru ini, isu mengenai pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kembali diperkatakan. Hal ini disebabkan kenyataan seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa tahu kedudukan sebenar bangkai pesawata berkenaan.
Menerusi beberapa laporan media, Richard percaya pesawat Boeing 777 tersebut telah terhempas ke Lautan Hindi iaitu sekitar 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.
Difahamkan, Richard juga telah ‘mengira’ kedudukan MH370 yang dilaporkan terhempas dan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk menyiasat mengenai tragedi berkenaan.
Richard berkata, dia menggunakan teknologi pengesanan baharu iaitu sistem isyarat radio Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) yang bertindak seperti ‘tripwires’ dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.
“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” katanya.
Berdasarkan data daripada satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baharu ini, beliau percaya dengan penemuan terbaharu ini dan ia menunjukkan sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi.
Meninjau reaksi netizen di laman Twitter, rata-rata memberikan respons positif terhadap dakwaan yang dikeluarkan oleh Richard.
Hopefully betul2 jumpa #MH370 kali ni! https://t.co/Ga1MrVQMGw
— AS (@Arieffshah_) December 4, 2021
“Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak pernah berputus asa untuk mencari MH370.
“Sudah tujuh tahun dan hal ini masih menjadi misteri. Marilah berharap agar kali ini ia (dakwaan Richard) adalah tentang kapal terbang yang hilang itu,” kata seorang netizen.
“Nampak #MH370 trending. Oh Tuhan. Jiwa-jiwa yang malang itu. Harapnya semua yang terlibat dapat diberi penjelasan yang selayaknya. Amin,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
“Ya Allah, kapal terbang itu terhempas di Lautan Hindi dengan kedalaman 4,000 meter. Jika ia benar, saya berharap agar ahli keluarga mangsa MH370 kuat untuk menerima kenyataan ini. Sejarah paling hitam bagi industri penerbangan Malaysia untuk tujuh tahun,” luah seorang wargamaya.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter berharap agar penemuan ini merupakan penemuan sebenar MH370.
“Hopefully betul-betul jumpa #MH370 kali ni!,” doanya.
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Kredit foto: Fasyah Halim (Unsplash)
SUMBER:HMETR0 via
Post a Comment