TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama Badrul Muhayat dihimpit kontroversi selepas bekas isterinya iaitu Julia Daud mendakwa dua orang anak mereka yang bawah jagaannya dilarikan aktor itu.
Kepada mStar Julia, 40, berkata, dia terpaksa membuat laporan di Balai Polis Ulu Bernam, Hulu Selangor pada 25 Disember atas tuduhan itu serta mengesyaki Badrul memecah masuk rumahnya di Taman Geriang Utama, Hulu Bernam, Selangor bagi mengambil MyKad, pakaian serta telefon bimbit milik anak-anak mereka.
ARTIKEL MENARIK:Lepas Rumah Dhanyutkan Banjlr, EbbyYus MasukH0spital , Ini Keadaan Terkini Beliau
“Saya buat laporan polis kerana mengesyaki rumah saya dipecah masuk oleh bekas suami dan barang anak-anak termasuk baju sekolah mereka semuanya tiada.
“Memang saya tak ada syak orang lain yang buat perkara ini. Hati ibu mana yang tak sedih apabila anaknya dibawa lari dengan semua barang-barang.
Keadaan pintu yang diumpil serta penemuan sarung tangan plastik di rumah Julia.
“Saya bukan nak mengaibkan dia tetapi saya hanya mahukan anak-anak saya semula,” katanya.
Untuk rekod Badrul, 53, dan Julia berkahwin pada Mei 2007 sebelum berpisah pada September 2010.
Badrul pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 2010 atas dakwaan memukul Julia ketika mereka masih menjadi suami isteri.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Delisha, 14, dan Badrul Hidayat yang kini berusia 11 tahun.
Julia kemudian mendirikan rumah tangga dengan orang lain pada Mei 2018.
Saya dah banyak bagi peluang kepada dia, kalau boleh nak selesaikan perkara ini secara baik.
Terdahulu menerusi muat naik di Facebook, Julia berkongsi salinan laporan polis serta foto menunjukkan pintu rumahnya diumpil dalam kejadian yang disedari pada 25 Disember lalu.
Menurut Julia dia turut menemukan sarung tangan plastik di atas rumput di depan rumahnya.
Bercerita lanjut rentetan kejadian itu dakwa Julia, pada, 23 Disember lalu, ketika dia berada di rumah ibu mertuanya di Slim River, Perak, pelakon itu hadir untuk mengambil anak mereka dengan alasan untuk membawa pulang bagi menziarahi nenek mereka yang nazak.
Perkongsian status yang dimuat naik oleh Julia di Facebook miliknya.
Perkongsian status yang dimuat naik oleh Julia di Facebook miliknya.
Menceritakan lanjut tentang kejadian pada 23 Disember lalu di rumah ibu mentua Julia di Slim River, Perak, Badrul didakwa hadir dengan membuat kecoh bagi mengambil anak-anaknya itu.
Ujar Julia, pada mulanya dia enggan membenarkan anak-anaknya mengikuti Badrul namun bimbang dengan kekecohan ditimbulkan pelakon itu selain mendengar nasihat daripada bapa mertua, dia mengizinkannya.
“Atas nasihat bapa mentua, saya bagi juga anak-anak ikut bapa mereka pulang kerana tak mahu besarkan lagi perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya tentang hubungan Badrul dengan anak-anak, Julia berkata dia tidak pernah menghalang bekas suami untuk bertemu zuriatnya namun dia perlu beri kerjasama dengan hadir ke mahkamah apabila diminta berbuat demikian.
Katanya, ketika ini Badrul masih berdepan kes di mahkamah berhubung tuntutan nafkah anak-anak.
“Saya tak akan halang kalau Badrul nak berjumpa dengan anak-anak dia selepas ini. Cuma saya nak dia beri kerjasama dan datang ke mahkamah kerana saya dah tak ada cara lain lagi untuk selesaikan kes ini.
Julia mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada Mei 2018.
Julia mendirikan rumah tangga sekali lagi pada Mei 2018.
“Saya dah banyak bagi peluang kepada dia, kalau boleh nak selesaikan perkara ini secara baik.
“Biarlah pihak mahkamah putuskan jumlah nafkah yang sepatutnya dia bagi untuk anak-anak,” ujarnya.
Sementara itu mStar turut menghubungi Badrul bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan Julia itu.
Menerusi mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp, Badrul menyifatkan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Julia sebagai fitnah.
“Saya kena fitnah. Saya busy,” tulisnya ringkas kepada mStar.
sumber: mstar via
Post a Comment