9 Ber4nak Mavt Kemal4ngan Sel4mat Dikebvmikan Dalam Satu Li4ng

9 Ber4nak Mavt Kemal4ngan Sel4mat Dikebvmikan Dalam Satu Li4ng

Jenazah sembilan beranak yang terkorban dalam kemalangandi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, jam 1.30 tengah hari.

9 Ber4nak Mavt Kemal4ngan Sel4mat Dikebvmikan Dalam Satu Li4ng



Menerusi laporan dari Harian Metro, lapan van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) telah digunakan untuk menghantar kesemua jenazah di tanah perkuburan.

ARTIKEL MENARIK:“Mereka Ters4dai dan Tersek4t, Dari Pukvl 4 Petang Semalam!” Ini Ke4daan Terkini Mereka yg M4sih Sngkvt Dalam B4njir di Selangor


pergerakan van berkenaan juga telah diiringi oleh pihak polis dan difahamkan tiba di tanah perkuburan itu kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.

Jenazah ibu dan lapan orang anaknya telah dikebumikan dalam satu liang atas perminataan keluarga.


Menjengah ke laman Facebook ahli keluarga mangsa, pengguna yang dikenali sebagai Cik Puan Aeisyah telah membuat siaran langsung ketika proses pengebumian dijalankan.

Dapat dilihat satu-satunya anak mangsa yang selamat iaitu Faiz Haikal ABdul Razak tidak dapat menahan tangis melihat allahyarham ibunya, Nurol Naziah Buyong, 37 dan kesemua adik-beradiknya dikebumikan.

Terdahulu, 10 individu maut termasuk lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta perempuan dewasa.


Loading...


Kemalangan yang melibatkan dua buah kereta Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler itu telah mengakibatkan seorang suami kehilangan isteri dan 8 orang anaknya sekali gus di depan matanya sendiri selepas mereka semua dilanggar treler ketika berada di dalam Proton Wira yang sedang dibaiki di tepi lebuh raya.

Turut terkorban ialah seorang mekanik berusia 27 tahun yang membantu membaiki kereta Proton Wira tersebut menjadikan 10 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit - Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin), Facebook Cik Puan Aeisyah, Kredit foto Selangor FM viaROSE MERAH




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post