Bila hati dah sayang, kita sanggup buat apa sahaja untuk memastikan pasangan kita sentiasa tersenyum bahagia. Setiap kali kalau keluar ‘dating’, sudah pasti kita akan berusaha untuk menunjukkan rasa cinta terhadap pasangan supaya mereka berasa disayangi. Betul tak?
Baru-baru ini viral satu video memaparkan seorang lelaki sanggup memakai t-shirt yang sudah tercetak wajah teman wanitanya ketika mereka keluar ‘dating’.
ARTIKEL MENARIK:Terlampau Berat, Pengantin Lelaki Ny4ris Tersvngkur Angkat Bunga Hantaran RM20k
Seorang gadis yang dikenali dengan nama Ayin Sley mengakui terkejut selepas melihat teman lelakinya mencetak foto wajahnya pada sehelai t-shirt berwarna hitam. Apa yang tidak disangka-sangka, teman lelaki yang dikenali dengan nama Ariq itu dengan selambanya memakai baju tersebut ketika mereka keluar bersama.
Menurut Ayin, meskipun teman lelakinya itu obses terhadap dirinya namun dia tidak menyangka lelaki itu berani memakai baju yang terpampang wajahnya di khalayak ramai.
Video:
@aynjw_i was like shocked gila time keluar tu #foryou #fyp #fypシ #foryoupage #boyfriendcheck #obsessed #storytime
Lihat, teman lelaki saya obs3s dengan saya. I was like shocked g1la time keluar tu.
Video pendek yang dikongsikan Ayin di TikTok telah mendapat hampir 500k tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan netizen menyifatkan gadis ini bertuah kerana memiliki teman lelaki yang sangat menyayangi dirinya. Malah tidak kurang juga ada di antara gadis-gadis yang masih bujang mengakui ‘cemburu’ melihat pasangan ini.
Komen Netizen:
Sumber: Ayin Sley
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://ohbulan.com/via Sinar Viral
Kredit -
Post a Comment