Tular 2 sotong goreng RM100, pelanggan boleh tukar lauk

Tular 2 sotong goreng RM100, pelanggan boleh tukar lauk

Georgetown: “Itu adalah harga bagi dua ekor sotong goreng yang mana setiap satu berharga RM50, mengikut saiz.

Tular 2 sotong goreng RM100, pelanggan boleh tukar lauk



“Pelanggan sudah maklum mengenai harganya pada paparan skrin ketika mahu membayar dan jika tidak bersetuju, mereka boleh menukarnya dengan lauk lain.”

ARTIKEL MENARIK:“Selamat pulang Kak Ana!”- [Vide0] Keluarga Berat H4ti Lepaskan Pembantu Rumah Balik Ke Kampung Buat Ramai Sed1h


Itu kata Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, mengenai gambar resit yang tular.

Pelanggan restoran berkenaan mendakwa, sotong terbabit dijual pada harga tidak munasabah.

Muhammad Riyaaz berkata, terdahulu, pelanggan dipercayai penduduk tempatan itu berkunjung ke restorannya pada tengah hari dan meminta hidangan sotong goreng bersaiz besar.

Katanya, ketika di kaunter pembayaran, pelanggan terbabit sudah maklum mengenai harga kedua-dua hidangan yang diambil dan mereka hanya diam serta tiada bantahan mengenainya.

“Sehinggalah malam tadi, saya menyedari gambar resit yang dibayar pelanggan itu tular di media sosial. Namun hari ini, orang ramai masih berkunjung seperti biasa tanpa sebarang isu.

“Tindakan itu tidak tepat kerana mereka mempunyai pilihan sama ada menukarnya dengan lauk yang lain atau boleh batalkan pembelian,” katanya ditemui di Lebuh Campbell di sini, hari ini.

Video:

Resit sotong goreng itu yang dijual pada harga RM100 bagi dua ekor, tular di media sosial sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Tinjauan Harian Metro mendapati, restoran berkenaan tetap dikunjungi pelanggan meskipun isu itu tular.

Terdapat paparan tanda harga yang jelas diletakkan di restoran berkenaan berkaitan harga sotong goreng antara RM10 hingga RM150, mengikut saiz.



Loading...


Komen Netizen:

Dua penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut berada di restoran berkenaan bagi melakukan semakan dan pemantauan, namun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, Hamizah Ibrahim, 37, dari Ipoh, Perak berkata, dia mengetahui mengenai d4kwaan tular itu sejak semalam.

“Saya dan suami memang sudah merancang mahu cuba menikm4ti hidangan nasi kandar di sini, dan harga yang dikenakan juga tidak terlalu mahal,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Sumber : https://www.hmetro.com.my/ via Sinar Viral


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post