Usahawan kecantikan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM meluahkan rasa bersyukur apabila sempat membeli sebuah kereta mewah bertujuan untuk pergi ke hospital bersalin.
Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM memuat naik sebuah video sedang meninjau kereta mewah berjenama Mercedes di sebuah ruang pertunjukan untuk tatapan umum.
ARTIKEL MENARIK:Bapa luah kecewa dengan sikap pemandu Vanessa yang jadi punca kejadian. Sekali ini yang dia buat lepas kejadian sampai bapa Vanessa doakan macam ni.
“Alhamdulillah, untuk pi beranak. Nak pegi sambut kehadiran #therealkm,” tulisnya di ruangan komen. Menerusi perkongsian berdurasi hampir satu minit itu, Kak KM merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu dan dia sekeluarga sangat tertarik untuk memiliki kereta mewah warna merah tersebut. Turut hadir sama meninjau kereta mewah tersebut adalah suami, anak perempuan serta kakaknya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji kereta mewah pilihan Kak KM yang cantik dengan warna menyala tersebut adalah rezeki untuk bayi yang dikandungnya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan kelahiran anak keempatnya itu dipermudahkan. “Semoga kak KM selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan,” komen seorang wargamaya. “Nak beranak kereta baru,” ujar seorang wargamaya. “Merah menyala, lawa sangat ni yang,” puji seorang wargamaya. “Alhamdulillah, tahniah kak KM,” kata seorang wargamaya.“Masyallah cantik sangat kereta ni. Rezeki baby baru, congrats,” tulis seorang wargamaya. “Syukur alhamdulillah, semoga kak KM selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan,” doa seorang wargamaya. Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 22,000 tontonan daripada wargamaya. Terdahulu, Kak KM mengumumkan dia dah suami bakal menyambut kehadiran seorang lagi bayi perempuan. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.Sekadar info, Kak KM merupakan anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli. Sumber : Gempak
Kak KM Ditegur Gara Gara Hiking Waktu Sarat Mengandung. Sekali Ada Satu Benda Yang Buat Warganet Bimbang.
Tindakan usahawan ko.ntroversi, Liana Rosli menyertai aktiviti mendaki bukit atau hiking ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet di laman sosial. Menyedari bahaya kepada diri dan kandungannya itu, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM memberitahu dia mengikuti aktiviti lasak itu kerana ingin memenuhi permintaan anak-anak.
“Cerita sebenarnya, rancangan awal nak mendaki bukit dalam enam kilometer saja, jalan santai-santai… tapi tak sangka la pula tukar laluan 20 kilometer dan kena melalui laluan yang lebih mencabar. Jadi nak tak nak kena ikut sajalah sebab dah masuk laluan itu, kena habiskan la. Sebenarnya memang berbahaya untuk saya sampaikan coach (jurulatih) pun terkejut tak sangka saya mampu hiking sebab keadaan perut pun dah besar, tunggu masa nak beranak sahaja. Tapi sejujurnya bukan saya nak pergi sangat pun! Anak-anak yang nak pergi, takkan nak biarkan mereka pergi sendiri, jadi saya pun kena ada sekali. Lagi pun ada dalam 15 orang ahli keluarga lain yang menyertai hiking itu, mereka pun banyak membantu sepanjang meredah laluan mencabar itu,” katanya.
Kak KM dan keluarga buat aktiviti riadah mendaki bukit, baru-baru ini.
Sebelum itu, menerusi Facebook, Kak KM berkongsi video dia menyertai aktiviti hiking di sebuah bukit yang terletak di Ampang, Selangor, baru-baru ini. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai komen daripada warganet dan rata-ratanya menegur tindakan Kak KM melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan b.ahaya kepada dirinya dan bayi dalam kandungan. Ada juga pengikut memberitahu kawasan hutan tidak selamat untuk ibu mengandung kerana turut didiami oleh makhluk halus.
Saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa! “Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, tak ada apa-apa yang jadi. Hantu tu tak ada tapi manusia boleh jadi hantu… kita pun pergi dah siap doa dan ilmu di dada. Sejak remaja lagi saya memang selalu join hiking dan kerap masuk hutan, jadi kita tahu apa nak buat… bukan nak cakap besar, cuma dah biasa dalam hutan. Kalau kenal saya sebelum ini pun saya memang aktif menari, tak reti duduk diam… makan pula jamu itu agaknya kandungan kuat dan lasak sekali,” ujarnya.
Kak KM dah biasa aktiviti lasak dan aktif menari sebelum ini.
Dalam pada itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini menasihati ibu hamil lain supaya tidak mengikuti tindakannya itu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan. “Tapi saya nak nasihatkan orang yang mengandung janganlah pergi hiking atau buat aktiviti lasak sebab sangat b.ahaya, lebih-lebih lagi kalau tak biasa. Orang sedang mengandung ni emosi pun tak stabil, badan berat dengan perut ke depan… memang senang penat! Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan beri nasihat kepada saya,” katanya. Sumber: mstar
Ramai Yang Tertanya Soal Vaksin Buat Ibu Mengandung Dan Susukan Bayi. Sekali Khairy Jamaluddin Tampil Maklumkan Sesuatu Ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, memaklumkan ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera. Ini kerana, pertimbangan sewajarnya akan dibuat bagi menentukan jenis vaksin bersesuaian untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.
Perkara tersebut turut dikongsi Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman twitter miliknya. Selain itu, butiran berkaitan kandungan dan status penyusuan kini disertakan di bawah kemas kini alamat rumah, dalam ruangan vaksinasi, di aplikasi MySejahtera.
Malah, kesemua butiran berkenaan, termasuk alamat semasa, status kandungan dan penyusuan akan dipaparkan pada bahagian penilaian pemilik akaun MySejahtera. Sumber : My Tv Viral
Kredit -Era Kini
Post a Comment