Sering kali kita dengar anak-anak merupakan ‘anugerah’ terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa. Namun tanpa kita sedar, apabila seeorang anak itu semakin membesar, ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah ‘amanah’ buat mereka.
Jasa kedua ibu bapa sejak kita lahir sehingga dewasa sudah tentu tidak terbalas dengan apa pun, akan tetapi sebagai anak, kita boleh membuat mereka bahagia dengan pelbagai cara yang lain.
ARTIKEL MENARIK:Isteri tuntut pisah kononnya minta suami pilih antara ibu atau dirinya. Sekali kantoi rupanya isteri menduakan.
Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini dimana airmata kegembiraan seorang ayah jatuh selepas menerima jam tangan yang diidamkan daripada anak-anaknya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan mereka berada di ruangan dapur untuk membuat kejutan kepada ayahnya.
Difahamkan, si ayah selalu pergi ke sebuah kedai jam untuk melihat jam tersebut namun dia terpaksa melupakan hasratnya untuk memiliki jam tersebut kerana tidak mampu untuk membeli.
Perkara itu membuatkan mereka adik-beradik berpakat untuk menghadiahkan jam tangan tersebut kepada ayah mereka.
Siapa sangka, Sebaik saja kotak jam itu dibuka, si ayah mula merasa sebak dan menangis kerana tidak menyangka dapat memakai jam yang sudah lama diinginkan.
“Ya Allah cita-cita abah.. betul ka ni bagi kat abah.. betul ka hampa beli kat abah.. terma kasih.. memang cita-cita abah tapi abah kata tak apa.. sampai bila pun abah tak boleh pakai dah..” kata ayah kepada adik beradik ini.
“elok.. ya Allah Ya Tuhan ku.. abah berkenan colour ni..” ujarnya lagi
Video yang tular di laman TikTok:
@naemzaimi Reply to @nadiahasif11 ♬ original sound – ᴬᴮᴬᴺᴳ – ᴬᴮᴬᴺᴳ
“Maaf sy xberniat nk buat smua sedih, selagi masih ada parents buat la diorg rasa bahagia, jasa diorg mmg xkn terbalas, smoga dimurahkn rezeki kalian.” katanya.
Ketika atikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7M tontonan, 191.4K tanda suka, 15.5K komen dan 11.8K perkongsian di TikTok.
“Tahniah abah.. berjaya didik anak-anak abah dengan baik”- Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat video tersebut dan dalam pada masa yang sama para netizen memuji sikap mulia anak-anaknya itu kerana berjaya membahagiakan hati seorang ayah.
Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:
“sebak rasa tengok video ni”
“bukan ayah tak mampu tapi duit yang ada semua untuk anak2”
“auto meleleh air mata aku.. aku dah takde abah”
“terima kasih sebab bahagiakan abah hampa.. aku yang tengok ni pun bahagia”
“kitamemang takkan dapat membalas jasa kedua orang tua kita tapi percayalah, kita mampu membahagiakan mereka seadanya”
“murah rezeki anak2 dan abah”
Semoga yang masih mempunyai ibu dan bapa saat ini berkesempatan untuk membahagiakan dan menghargai mereka selagi ada sisa waktu yang berbaki.
Buat mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa, sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah agar mereka tenang disana kerana itulah merupakan sebaik-baik hadiah daripada seorang anak.
Kredit -YOY Network.
Post a Comment