Pelakon Puteri Aishah selamat bergelar isteri ahli perniagaan, Muhammad Firdaus di Ballrooms JW Marriot di ibu negara sekitar jam 11 pagi tadi.
Menurut laporan Kosmo! Online, pemilik nama Puteri Aishah Sulaiman itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta 5 dulang hantaran serta wang hantaran yang tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
ARTIKEL MENARIK:“Beliau Layak Dapat Lelaki Yang Jauh Lebih Baik Berbanding Saya” – Ada Netizen Cuba Jodohkan Iqbal & Erra Fazira
Pelakon berusia 27 tahun itu berkata, dia bersyukur majlis dirancang berjalan lancar setelah beberapa kali ditanggung akibat wabak Covid-19 selain mengakui sudah lama menantikan detik bahagia tersebut.
“Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.
“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),” katanya.
Selain itu, ditanya mengenai personaliti suaminya, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu menyifatkan Firdaus terdapat ciri-ciri lelaki idamannya sejak mengenali dua tahun lalu.
Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.
“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi ‘lampu hijau’ bahawa saya boleh teruskan kerjaya selama mungkin yang saya mahu,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: OMM via Motif Viral
Kredit -
Post a Comment