“Part Aurat Tak Belajar Ke?”- Netizen Tegur Nabil Ahmad Pakai Seluar Pendek Ketika Bercuti

“Part Aurat Tak Belajar Ke?”- Netizen Tegur Nabil Ahmad Pakai Seluar Pendek Ketika Bercuti

Pelakon dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad menjadi bualan netizen apabila dia dikatakan tidak menutup aurat sewaktu bercuti bersama keluarganya di Pulau Redang baru-baru ini.

“Part Aurat Tak Belajar Ke?”- Netizen Tegur Nabil Ahmad Pakai Seluar Pendek Ketika Bercuti



Pakai Seluar Pendek


ARTIKEL MENARIK:“Ni Lebih Kepada Lembu Kacuk B*B*” – Rita Rudaini


Menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh  Nabil, dia dilihat hanya memakai seluar pendek yang menampakkan lututnya, yang merupakan sebahagian daripada aurat bagi lelaki.


Jadi Bualan Netizen


Tinjauan Murai.my di ruangan komen posting berkenaan mendapati, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pelawak berkenaan yang memakai seluar pendek. Malah, ada yang berpendapat pelawak ini seperti sudah berubah.

“Dah perasan dah nabil and wife. Tengok kat ig macam dah berubah. Tengok kat sini ermm tak macam apa yang diwar-warkan si Nabil tu. You know what i mean.”

“Bukan ke Nabil ada belajar agama? Part aurat tak belajar ke? Tanya je..sorry”

“Kenapa tak pakai seluar panjang”

“Nabil oii aurat tu”

“Nape Haji Nabil terlupa nak ikut hukum Allah tu ye..”

“Aurat tuuu”

“Nabil tak tutup aurat…adoyaii” komen mereka



Loading...




Dalam carian terkini, hantaran berkenaan telah pun dipadam oleh Nabil. Terdahulu, menurut laporan Berita Harian, pelawak ini telah menyertai jemaah tabligh sejak awal tahun  untuk mendalami ilmu agama. Tambahnya lagi, Nabil akui rasa berat hati untuk berkongsi mengenai penghijrahannya kerana risau pada imannya yang masih rapuh.

“Doakan saya terus istiqamah. Alhamdulillah, nikmatnya saya tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata.”-jelas Nabil Ahmad pada Berita Harian

 


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post