ORANG Malaysia memang terkenal dengan daya kretiviti masing-masing.
Apatah lagi dalam kalangan peniaga yang sering berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang lain daripada lain demi menarik perhatian pembeli
ARTIKEL MENARIK:Semua mirip… Selepas 7 tahun tr4gedi, wanita ini jumpa ‘kembar’ arw4h abang – “Kami selalu tengok game sepak takraw dia di TV”
Justeru itu seorang pelajar tampil dengan pelbagai bouquet yang unik serta menarik.
Antara yang menjadi perhatian baru-baru ini adalah sebuah bouquet berisi produk makanan segera terkemuka, McDonald’s yang dihadiahkan pembeli kepada rakannya sendiri.
Bercakap kepada mStar, Nursyamimi Mohd Shafie, 21 berkata dia mula menghasilkan gubahan bouquet pada tahun lepas iaitu untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayahnya sempena hari lahir mereka.
Bermula dari situ, dia kemudiannya mula mendapat tempahan daripada lebih ramai rakan-rakannya.
“Mula-mula saya buat bouquet untuk mak dan abah sempena hari lahir, lepas tu ada seorang kawan baik saya ni tanpa tanya saya jual ke tak dia terus order untuk ibu dan kakak-kakak dia.
“Dari situ kawan-kawan lain pun mula order juga.
“Pada Januari lepas paling banyak saya dapat order tapi lepas tu slow balik sebab saya belajar, masa cuti semester lalu dalam bulan Ogos saya join private class untuk buat bouquet, dari situ bouquet saya jadi lebih cantik dan saya mula nampak potensi perniagaan sebab sebelum ni saya tak tahu nak letak harga,” ujar pelajar tahun akhir Bahasa Arab Komunikasi Profesional, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini.
Sementara itu, bercakap mengenai video bouquet McDonald’s yang disediakan buat rakannya Nur Syamina Zaaim Hasman, 21, Nursyamimi yang mesra dipanggil Mimi berkata, walaupun agak “terlewat” dari tarikh sebenar hari jadi rakannya, dia tetap ingin memenuhi keinginan rakannya itu.
“Sebelum ni saya terima request dari customer untuk buat bouquet KFC dan macam biasa saya akan post gambar dekat status WhatsApp, lepas tu kawan saya Syahmina tu saje je cakap, “nanti masa birthday aku, aku nak macam ni juga tau Mi, tapi nak McD”.
“Jadi saya pun buatlah bouquet McD tu sebab saya jenis pantang dapat tahu kawan-kawan saya teringin apa, mesti saya nak realisasikan keinginan diaorang tu
“Cuma nak dijadikan cerita masa birthday dia saya sibuk dengan assignment jadi tertangguh la, saya bagi dia bouquet tu tiga bulan selepas birthday dia iaitu pada bulan Ogos,” katanya.
Bouquet McDonalds yang dihasilkan Mimi buat rakannya.
Walaupun agak terlewat, Syahmina tetap terharu apabila menerima hadiah pemberian Mimi.
“Reaksi dia masa tu of course terharu, sebab tahun lepas sebelum birthday dia ada cakap nak kek cheese, masa birthday dia pagi-pagi saya pergi rumah hantar kek tu.
“Tahun ni pun dia minta bouquet McD dan saya bagi juga dekat dia cuma lambatlah,” katanya.
Mimi (kanan) dan rakannya Syahmina.
Video bouquet McDonald’s hasil tangan Mimi yang tular di media sosial secara tidak langsung menarik perhatian warga netizens untuk turut sama membuat tempahan.
Katanya, selain bouquet McDonald’s, dia pernah menghasilkan pelbagai jenis bouquet menarik antaranya, bouquet berisi rempah ratus, telekung, cooking tools set, duit tarik, selain bouquet berisi coklat.
Bouquet unik lain yang dihasilkan Mimi.
Selain bouquet, Mimi turut menyediakan gift box serta explosion box.
“Selain bouquet saya ada jual gift box dan explosion box dekat kawasan Sabak Bernam Selangor.
Gift box hasil tangan Mimi.
“Kalau untuk giftbox dan explosion box tu saya boleh pos, tapi untuk bouquet belum berani lagi untuk pos.
“Biasanya order akan masuk melalui instagram saya, saya ada letak link whatsapp dekat bio instagram, kalau dari TikTok mereka akan mesej saya minta nombor saya,” katanya.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mStar via Sinar Viral
Kredit -
Post a Comment