Ibu-ibu yang suka berkebun ni, pasti pelbagai jenis tanaman yang ada di rumah kan. Memang jimat dan puas hati kan apabila dapat measa hasil tangan sendiri.
Teringin tak nak tanam bawang merah, memmandangkan harganya semakin mahal, apa kata kita cuba. Caranya pun mudah dan cepat. Dua bulan ditanam dah boleh dituai. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian dari Nur Zaliana.
ARTIKEL MENARIK:Jangan Tak Tahu, Bunga Lawang Ada Yang Beracun? Saintis Ni Tunjuk Ciri-cirinya Agar Tak Ada Yang Terbeli!
Petang ni cabut bawang merah Saya share Cara Tanam Bawang Merah,ada pada gambar bawah sekali.
Cara Tanam Bawang Merah
1.Pilih bawang yang bersaiz kecil,yang sedikit tumbuh kemudian pangkas sedikit ujung bawang tu,benam kat tanah jangan kambus ye biarkan je,dalam masa 1minggu tunas baru akan naik time ni boleh la letak baja 888 kemudian kambus tanah manja-manja.
2.-Kalau tanam atas batas pastikan tanah tu porus,gembur,tidak bertakung air,gaul dengan kompos,dolomite nak campur pasir pun boleh lagi bagus buat batas Size ikut kehendak masing-masing,macam saya letak silversine supaya rumput tak naik,banyak kelebihan letak plastik silversine ni boleh google,kalau tak nak letak pun boleh ikut kreativiti sendiri
-Tanam dalam polybag juga boleh ikut ni ya.Tanah boleh dicampurkn 1bagian tanah hitam,1bagian sekam bakar,1bagian tnh organik,pasir asalkn tanah porus dan tidak menyimpan air dan lembab.
3.Pokok bawang memerlukan cahaya matahari maksimum untuk menghasilkan bawag.jangan tanam tempat yg bernaung,siram perlu dilakukkn 2kali sehari pastikan tiada air bertakung.
4.Pembajaan bawang dilakukan setiap 2minggu sekali saya guna baja 888 sahaja,masa ini bawang harus timbus sepenuh nya.Apabila mencapai usia 30-40hari bawang akan mulai berbunga so kena potong ye bunga tu karena bunga akan menyerap nutrient lebih banyak maka pembesaran bwg boleh jadi terbantut.Kalau tanam musim hujan Kena lebih waspada sebab daun bawang ni mudah diserang spora/kulat boleh guna racun kulat apapun yang berbahan aktif mancozeb,jika ada ulat penyek kan saja tak payah guna racun serangga sebab kita tanam suka-suka bukan skala besar kalau secara besaran sila pergi dikedai input pertanian heee..
5.Biasanya bawang akan terhasil selepas 62-65HST dari hari pertama penanaman,Apabila bawang sudah timbul jangan kambus itu pertanda bawang sudah sedia dituai ye sahabat semua.
Pasti ada yang tanya?
“boleh ke pokok bawang ni kita petik daun nya” jawaban nya boleh pastikan ambil bahagian yang tepi sahaja jika untuk mendapat kan hasil bawang yang berisi dan besar,jangan sesekali pangkas pucuk bawang ye,tapi kalau nak potong jugak jangan tanya saya lagi kenapa pokok bawang kurus dan tak berisi bawang hehe.
Selamat mencuba!
Kredit -KELUARGA
Post a Comment