Usahawan tersohor, Datuk Seri Vida menzahirkan rasa kebimbangan terhadap tahap kesihatan anak perempuannya, Cik B yang kini dilaporkan telah dij4ngkiti wab4k Cov1d-19.
Menurut Vida, dia tidak pasti sama ada anaknya itu harus meneruskan sahaja tempoh kuarantin di rumah atau sebaiknya dipindahkan ke pusat kuarantin untuk raw4tan atau penjagaan yang lebih r4pi.
ARTIKEL MENARIK:Hati Vida tersentuh Jasmin Hamid tak ‘tekan’ suami minta hantaran tinggi, ikhlas bina rumah tangga – “Sekarang musim janda meng4wan ke?”
Dikesempatan itu juga, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah memberikan panduan dan tunjuk ajar untuk menjaga anaknya itu.
“Cik B kuarantin di rumah. Okay ke? Atau baik duduk pusat kuarantin. Saya keliru juga.
“Apapun, terima kasih diatas doa dan tunjuk ajar untuk penjagaan Cik B yang dij4ngkiti Cov1d-19,” tulisnya.
Rasa khuatir itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu I Am Me itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Vida turut memaklumkan Cik B telah pun menunjukkan beberapa s1mptoms demam seperti mata kemer4han serta hilang der1a b4u dan rasa.
Pada masa sama, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga anaknya itu dapat kembali pulih seperti sedia kala.
“Awalnya saya panik luluh hati bila dapat tahu Cik B positif. Mujurlah Allah bagi kemudahan dan ramai yang mendoakan.
“Mata Cik B merah. Deria bau dan rasa takde,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Vida dan Cik B.
“Semoga cepat sembuh Cik B. Mama dan Kacak perlu ada dengan Cik B selalu.
“Cik B kena kuat, makan ubat dan vitamin C. Banyakkan minum air. Rehat dan doa banyak-banyak semoga cepat sembuh Cik B.
“Moga cepat sembuh. Cik B kuat. Anak yang baik. Allah selalu lindungi Cik B,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Komen Netizen:
Baru-baru ini, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan mengenai perkhabaran mengejutkan mengenai tahap kesihatannya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : MH via Sinar Viral
Kredit -
Post a Comment