Kebiasaannya harga sebiji roti canai biasa memang tak lebih RM2 melainkan roti sardin, tlur dan sebagainya. Lain pula yang terjadi kali ini, harga sbiji roti canai boleh mencecah RM4 untuk satu biji roti canai biasa.
ALOR SETAR: Pelancong terkejvt apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa di sebuah gerai di Langkawi baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK:“Persiapan untuk anak di masa depan kot” – Pengantin ‘Nerv0us’ Tersasul Sebut ‘Peralatan Sekolah’ Sebagai Mas Kahwin
Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, selepas kejadian harga hidangan seekor ikan siakap lebih RM1,000, kini pihaknya menerima pula aduan roti canai mahal di pulau tersebut.
“Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Kata beliau, pengadu mend4kwa gerai roti canai yang terletak ditepi jalan itu mengenakan caj RM4 bagi sekeping roti canai biasa.
Menurutnya, isu peniaga mengenakan caj makanan mahal ke atas pelancong telah lama berlaku di pulau peranginan itu terutama ketika musim cuti.
“Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.
“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah supaya selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesemp4tan menaikkan harga makanan terlalu tinggi,” katanya.
Tambahnya, sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di negeri ini.
“Kami nasihatkan peniaga makanan tidak mengenakan harga membebankan pengguna selain meletakkan tanda harga supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum memesan makanan,” ujarnya. – UTUSAN
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:Utusan via Teh Tarik Kaw
Kredit -
Post a Comment