Meski belum pun dilancarkan secara rasmi, namun promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan aktres popular, Nora Danish mendapat kritikan warganet.
Ada warganet yang mengkritik gara-gara memilih ibu kepada dua cahaya mata itu yang ‘free hair’. Malah penampilan aktres berkenaan yang pernah didakwa pernah tampil seksi dilihat bertentangan dengan jenama kempen tudung berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Dah 5 hari berdiam diri. Kini Nynaa Harizal tampil kongsikan rakaman ini dan buat ramai tertanya tanya.
Lalu, pelbagai persoalan timbul termasuk kenapa perlu mengambil selebriti berpengaruh yang tidak berhijab untuk mempromosikan jenama tudung?
Nora tampil memberikan reaksi seterusnya mengakui sudah imun dan kebal dengan segala kritikan yang diterima.
“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya juga percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.
“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.
“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kritikan demi kritikan itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja bukan hanya kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, berpendapat, seksi itu bersifat subjektif.
“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.
“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada warganetyang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.
“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok warganet yang tahu dan asyik nak kritik saja, hentikanlah. Perbuatan bvli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
Pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif turut menambah, dia tidak mahu ‘larut’ dengan hal yang berbau negatif.
“Saya memang kebal bab kritikan ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.
“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.
“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang-kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan keputusannya memilih Nora mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.
“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan sebaliknya.
“Ada juga di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.
“Saya dimaklumkan oleh team sehinggakan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif.
“Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan Nora yang lembut dan manis raut wajahnya sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudung.
“Personaliti Nora ceria dan mudah didekati. Saya yakin boleh pengaruh ramai lagi wanita mengenali jenama kami dan sertai keluarga MINAZ Hijab. Semua maklum balas baik yg positif atau negatif kami terima dengan hati yang terbuka.
“Tapi siapa tahu suatu hari nanti, usaha ini membuka hatinya untuk bertudung dan memilih jenama ini untuk menyuntik semangat. Malah kurang satu jam ketika dibuka untuk pra tempahan 25 Oktober lalu, sebanyak 150,000 helai tudung bawal kempen membabitkannya terjual.
“Ia sekaligus buka ruang untuk bantu lebih 4,000 agen dan stokis seluruh Malaysia jana pendapatan dari rumah di era pandemik COVID-19. Kempen ini akan dilancarkan pada 8 November ini,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook.
Nora Danish Kongsi Gambar Bertudung Litup. Tapi Ini Pula Reaksi Dari Warganet Sampai Ada Yang Tegur Macam Ini.
“Dah pakai macam ni tolong jangan buka dah macam hari tu dedah aurat. Tolong sangat-sangat,” rayu warganet di Instagram ketika Nora Danish berkongsi fotonya anggun berbaju kurung dan bertudung litup.
Tiga keping foto memaparkan Nora penuh kudus itu kebanyakannya mendapat respon positif daripada peminatnya termasuk rakan selebriti.
Malah, ramai juga yang memuji kejelitaan Nora yang nampak lebih muda, tenang dan persis beberapa selebriti tanah air antaranya Mira Filzah.
“Ini barulah perempuan Melayu terakhir,” komen @abdkhalex.
“Cantiknya Nora pakai baju kurung, teruskan berpakaian macam ni barulah cantik,” puji @ismailabd581010.
“Macam anak dara.. cantik sangat,” tambah @darlinohana.
“Tentu hati rasa tenang kan pakai macam ni,” kata @rosilla_a.”Muka macam Mira Filzah pun ada, manis.. sejuk mata memandang,” kata @faridahesmin.
Namun, ada juga yang terus menasihati Nora untuk teruskan usaha menjaga aurat dan berpakaian sopan.
“Kejap buka kejap tutup, pening aku sebagai warganet. Korang jangan kritik aku cakap je, sebab cantik bila dia tutup, bila buka mata aku auto jadi sedih,” luah salah seorang pengguna di ruang komennya.
Difahamkan Nora terbabit dengan sesi fotografi jenama pakaian tempatan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.Malah, aksinya terhantuk tiang ketika cuba memanjat tebing bangunan Sultan Abdul Samad turut mencuit hati.
Terdahulu, aksi daring Nora ketika bercuti di pulau peranginan Langkawi, Kedah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada kalangan wargamaya.
Sumber: Gempak.
Harga Dia Sampai Boleh Beli Tanah Lagi Satu. Ramai Terkejut Bila Seseorang Ini Dedahkan Yuran Sekolah Anak Nora Danish.
Perkongsian pelakon cantik, Nora Danish yang menghantar anak sulungnya, Putera Rayqal ke sekolah berasrama penuh Kolej Tuanku Ja’afar semalam sememangnya mendapat perhatian ramai. Hantar anak sekolah berasrama diumur 12 tahun Mana tidaknya, tangisan Nora Danish ditepi cermin tingkap kereta sememangnya membuatkan warganet terutamanya kaum ibu memahami perasaan tersebut terutamanya perlu berpisah dengan anak tersayang.
Namun begitu, ramai tertanya-tanya sekolah mana yang mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun untuk tinggal di sekolah berasrama. Jadi, seorang pengguna Facebook yang juga merupakan peguam telah merungkai ‘misteri’ yuran sekolah berasrama yang merupakan sekolah persendirian elit di Malaysia.
Yuran tahunan boleh beli tanah, kahwin baru
” Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Jaafar. Isteri aku tanya kat mana sekolah tu? Aku mula-mula fikir, oh, di SM Sains Tuanku Jaafar ke? Aku pun konfiden jawab, kolej tu di Kuala Pilah. Sekolah tu memang SBP yang terkenal dan budak-budak dia power. Tak lama lepas tu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak Darjah Enam masuk? Sebab anak Nora Danish tu baru Darjah Enam. Huh? Aku pun cepat-cepat Google. La… Memang ada rupanya Kolej Tuanku Jaafar. Letaknya di Mantin. Ianya sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi. 23 tahun hidup kat Negeri Sembilan, baru aku tahu ada sekolah ni.
Menurut pengguna Facebook itu, dia agak terkejut apabila mengetahui yang yuran tahunan di KTJ untuk sekolah menengah mampu membeli tanah dan bagi sekolah rendah pula seakan boleh menanggung seorang lagi isteri.
” Aku saja tengok yuran dia. Mana tahu, rezeki anak-anak masuk sekolah tu. Sekali, mak oi…. Yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah. Yang sekolah rendah, boleh kahwin lain dua kali! Pehhh. Basically yuran dia macam ni: Sekolah Rendah: Pendaftaran- RM350, Kemasukan- RM3000, Tahun 1 & 2- RM30,360/setahun, Tahun 3 & 4- RM34,320/setahun dan Tahun 5 & 6- RM39,690/setahun.
Yuran ‘after school care’ iaitu jam 3.45pm-5.00pm- RM12,000/setahun. Sekolah menengah: Pendaftaran- RM350, Kemasukan- RM5000, Deposit- RM25,000, Tak duduk asrama: RM59,700/setahun, Duduk asrama: RM87,000/setahun, Form 6: RM89,400/setahun
Takpelah, anak-anak sekolah biasa pun dah syukur
Walau bagaimanapun ,dia berfikiran positif dengan rezeki setiap orang itu berbeza. Mufarwa Farid juga sedar yang dia tidak mampu mebiayai bayaran yuran semahal itu namun berharap anak-anak dapat mendoakannya supaya suatu hari nanti mampu menyekolahkan mereka di sana.
” Setelah membaca kesemua yuran ini, terkenang aku dengan baki akaun bank yang ada sekarang. Terkenang juga jumlah hutang bank yang nak dekat sama dengan yuran tahunan sekolah ni. Takpalah anak-anakku. Sekolah je lah kat sekolah biasa. Tapi, doa-doa lah rezeki abah kau dapat sekolahkan kau di sini. Mana lah tahu, 5-6 tahun lagi dah mampu. Dapatlah kau orang sekolah kayangan macam ni. Silap-silap, mak baru pun kau orang dapat time tu. Ok ni gurau (kena clarify benda ni gurau). Yang penting, doakan lah bapak korang ni ya, anak-anak..” tulis beliau.
Perkongsian Mufarwa itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata terkejut dengan bayaran yuran tersebut namun tdak berasa heran kerana setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Namun, mereka lebih tertarik dengan ‘gurauan’ berkenaan bini baru yang dilontarkan oleh pengguna Facebook itu yang dilihat agak ‘berani’ walaupun telah menjelaskan hal tersebut hanyalah satu candaan. Sumber:Empire Dunia
Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung.
Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam. Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama. Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain.
Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang.
Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: beautifulnara.
Kredit -
Era Kini
Post a Comment