“Aku Single & Akan Single Selamanya,” Wanita Luah Rimas Ibu Bapa Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Anak Sampai Bercerai
Tapi lain pula ceritanya setelah anak-anak berkahwin. Dalam sebuah rumah tangga, setiap keputusan yang dibuat perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan pasangan.
ARTIKEL MENARIK:Frontliner Berniat Kenakan Wanita Ini Dengan Berpura Pura Menyamar Sebagai Petugas Kesihatan Tapi Akhirnya Ini Yang Terjadi.
Maka dalam situasi seperti ini, kedua ibu bapa baik sebelah anak mahupun menantu sebaiknya diam sahaja sehingga anak atau menantu bertanya pendapat.
Pun begitu, realiti dalam masyarakat kita menunjukkan sebaliknya. Walaupun tak semua ibu bapa bertindak campur tangan dalam urusan rumah tangga anak-anak, tapi masih ada orang tua yang bertindak demikian hingga menyebabkan pertelagahan antara anak dan menantu.
Terpanggil untuk berkongsi kisah, Nora (bukan nama sebenar) melalui laman IIUMC tampil meluah perasaan tak puas hati dengan sikap kedua ibu bapanya yang masih mengongkong anak-anak yang sudah mendirikan rumah tangga. Malah sebilangan adik-beradik Nora mengambil keputusan bercerai dengan pasangan kerana tak tahan menerima campur tangan orang tua.
Ikuti perkongsian Nora di bawah ini.
“Kak Long bercerai, rumah tangga Kak Uda berantakan sebab Abah Mak..”
Aku 38 tahun, anak bongsu dari lima beradik. Aku ngeri untuk berkahwin melihatkan sikap kedua ibu bapa. Kedua ibu bapaku adalah Ketua Jabatan kerajaan.
Kaklong aku bercerai, salah satu sebabnya kerana kedua ibu bapaku. Kak Ngah pun hampir bercerai kerana mereka.
Gambar Hiasan via APA
Abang Cik larikan diri terus ke Kuwait kerja carigali minyak di sana, bawa anak isteri. Tahun lepas rumah tangga Kak Uda pun berantakan disebabkan Abah dan Mak.
Kenapa ya kadang-kala ibu bapa lupa yang anak mereka sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri. Kenapa ada ibu bapa selalu mahu masuk campur urusan anak-anak mereka selepas berkahwin.
Aku kasihan melihat situasi Kak Long, Kak Ngah, Abang Cik dan Kak Uda. Dari situ aku membuat keputusan yang aku tak akan berkahwin.
Nanti aku pula yang makan hati.
“Mak macam berebut Abang Cik dari isteri dia..”
Aku amat sayang kedua ibu bapa aku. Mereka sangat sayangkan anak-anak mereka. Tapi Abah selalu lupa anak perempuan dia sudah bersuami.
Abah suka hati sahaja pergi terjah ke rumah anak-anak mereka tanpa beritahu awal-awal. Katanya, “Alah rumah anak sendiri apa pasal nak kena bagitau pulak?”
Mak pun sama, langsung tak reti nak hormat rumah anak menantu. Aku yang malu kadang tu. Abah Mak selalu je minum makan tak basuh pinggan mangkuk tinggalkan je. Kalau singgah sekejap takpe. Ini diaorang kan pencen, diaorang round semua rumah anak menantu, satu dua minggu sekali duduk.
Aku tak kisah lah kalau aku ada selalu dengan diaorang, memang aku basuhkan. Mak pulak pantang kakak-kakak aku ada beli perabot baru atau benda baru untuk rumah mereka, Mak akan mintak Mak nak jugak.
Abang Cik aku yang dah faham sangat perangai Abah Mak, lepas kahwin tinggal setahun saja kat KL lepas tu terus angkut isteri dia ke Kuwait.
Abah Mak memang paksa Abang Cik tinggal dengan mereka, lepas kahwin pun kadang tu Mak selalu saja pegi ketuk pintu bilik Kak Cik setiap kali Abang Cik baru balik dari off-shore.
Suami dah dua tiga minggu tak jumpa isteri, lagi pulak baru kahwin. Aku tahu Kak Cik banyak kali menangis. Tak fahamlah, Mak bila Abang Cik balik macam dia berebutkan Abang Cik tu pulak daripada isteri dia. Tapi sekarang dah selamat dah mereka berdua (dah dapat anak perempuan umur 5 tahun) di Kuwait sana.
Gambar Hiasan via Live Law
Abang Cik dulu masa dia tengok Kak Long dan Kak Ngah banyak berkorban untuk Abah Mak, sampai terpaksa membelakangkan suami dalam banyak hal.
Abang Cik pernah kata kat aku, dia wajib cari jalan untuk keluar dari rumah Abah Mak bawak Kak Cik, sebab Abah Mak sangat-sangat needy dan clingy dengan Abang Cik, sampai Abang Cik pun naik rimas. Dia kasihankan isteri dia. Bagus AbangCik aku dia protect isteri dia.
Paling aku tak boleh terima Mak masuk bilik Abang Cik dan Kak Cik, kemaskan bilik diaorang mengikut citarasa Mak. Kak Cik letak bunga kat katil, Mak alihkan bunga kat meja. Kak Cik pasang cadar pink, Mak suruh tukar pakai cadar yang Mak belikan atau yang Mak preferred.
“Kak Long dan Abang Long bercerai sebab Abah Mak..”
Kak Long aku paling kasihan, sebab suaminya kerja biasa-biasa sahaja. Abah Mak pergi rumah Kak Long pun sama, buat macam rumah sendiri.
Kalau aku pesan, Abah Mak jaga lah perangai tu kesian Kak Long, Mak selalu cakap “Alah rumah tu Kak Long yang bayar, bukan suami dia. Kereta tu pun Kak Long yang bayar bukan suami dia. Anak Mak gaji besar, suami dia yang tak mampu. Suami dia menumpang anak Mak saja,” sedih aku dengar.
Abang Long suami Kak Long aku sebaik-baik manusia aku tengok dia jaga family dia. Berkat tekun sabar Abang Long dan Kak Long aku. anak-anak semua berjaya. Mereka masih kawan baik walaupun bercerai.
Abang Long aku orang Perlis, takde mak ayah dah. Lagi lah Abah Mak senang nak dictate Abang Long dan Kak Long dari dulu. Bercerai tu pun sebab Abah Mak lah jugak. Malas nak cerita kat sini.
Aku tengok menantu-menantu Abah Mak masih hormat Abah Mak tapi Abah Mak tak hormat langsung privacy anak-anak dia. Aku kecewa. Lagi lah aku takut nak kahwin.
“Kak Ngah selalu menangis nak cerai, Kak Uda berapa kali gaduh dengan suami”
Dengan Kak Ngah pun sama, Kak Ngah selalu nangis kata dia nak cerai aje, nak macam Kak Long sajalah senang. Kaklong aku lepas cerai tak pernah nak kawin lagi selagi Abah Mak hidup katanya, nanti jadi anak derhaka pula.
Kak Uda pun dah stress sangat, hari tu Abah Mak decide aku kena pindah duduk dengan Kak Uda, senang sebab dua-dua duduk area sama.
Abah Mak langsung takde tanya dulu ke Kak Uda dengan suami dia atau tanya aku dulu. Abah terus aje call Kak Uda bagitahu nanti Ucu pindah rumah Uda bulan depan.
Yang aku pulak, tiba aje Abah call suruh angkut semua beg baju dan barang-barang ke rumah Uda. Aku letih, aku taknak. Tapi Abah berkeras. Aku tahan je. Kak Uda dah berapa kali bergaduh dengan suami disebabkan Abah Mak.
Gambar Hiasan via The Local
Pertama, Abah Mak selalu dictate mana nak pergi holiday, perabot rumah nak beli pun Abah Mak yang sibuk masa diaorang masuk rumah baru.
Abah Mak aku ni kalau dia nak anak-anak balik ke rumah diaorang, memang tak boleh bawak bincang, tak kira, akan call suruh balik.
Bila kata tak boleh, diaorang akan call menantu-menantu pulak kata “Abah Mak nak korang balik pada sekian-sekian haribulan. Abah nak menantu abah balik, jangan kata tak boleh lah Abah nak jumpa anak abah ngan cucu-cucu Abah.”
Aku pernah dengar Abah Mak kata, ya anak perempuan ada suami, tapi jangan lupa dan taat ibubapa. Suami tu orang luar, Abah Mak ni yang besarkan kau dari merah sampai boleh kahwin. Taat pada suami sampai tak ingat Abah Mak pun berdosa.
Bercuti pun Abah Mak wajib ikut
Abang Cik kalau balik bercuti ke Malaysia, takde harapan lah nak pergi tempat lain dulu, wajib duduk rumah Abah Mak dulu seminggu dua.
Abang Cik nak bercuti pun Abah Mak wajib nak ikut. Kak Cik isteri Abang Cik aku tu makan hati selalu tak payah cerita.
Aku pernah tengok Abah pakai ambik saja kunci kereta anak-anak dia yang dia rasa berkenan nak bawak. Langsung takde hormat kat menantu-menantu dia.
Gambar Hiasan via Power 95.9
Yang Mak pulak, apa saja barang kemas yang Kak Cik ada, Mak nak jugak. So Abang Cik akan beli dua terus. Sebab nanti kalau Mak tengok yang baru Kak Cik pakai, nanti Mak merajuk dengan AbangCik. Aku pernah bagitahu Kak Cik, dah beli simpan jangan pakai kat rumah Abah Mak.
Kak Cik aku orang Shah Alam, memang takde harapan nak balik tidur kat rumah mak ayah dia sangat sebab Abah Mak nanti telefon besan dia suruh Kak Cik balik, Mak dah masak la itu ini.
Aku naik serabut tengok. Ada pernah Abang Cik balik ke Shah Alam dulu beberapa hari, baru balik ke KL, Abah Mak merajuk kata Abang Cik anak derhaka bagai. Anak lelaki kena utamakan ibubapa…. bla… bla…
“Abah Mak siap cari menantu untuk Kak Long..”
Itu tak masuk bab cucu-cucu lagi. Lagi kena ‘dictate’ dengan Atuk Nenek (Abah Mak), walaupun Abah Mak memang pemurah. Semua yang Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik, Kak Uda ajar anak-anak tak betul. Kena ikut cara Abah Mak.
Aduh letih aku tengok. Anak saudara aku yang sulung pilot, sebabkan COVID-19 penerbangan amat kurang, so Abah Mak suruh duduk dengan mereka walaupun Kak Long aku kurang setuju. Itu pun Abah Mak dah siap-siap kata diaorang akan carikan menantu untuk Kak Long.
Aku tengok Kak Long aku tu kali ni lain macam. Dah lama tak balik umah Abah Mak. Dia macam jauh hati. Aku faham kenapa. Sampaikan anak dia pun Abah Mak nak control.
Anak Kak Ngah yang sulung tu awal-awal dah bagitahu Atuk Nenek dia yang dia dah ada calon isteri, Atuk Nenek tak payah carikan. Itu pun Abah Mak aku kata kalau Atuk Nenek tak suka, tak boleh. Entah apa-apa. Makin merepek Abah Mak aku ni aku tengok. Lagi tua makin menjadi perangai pelik dua orang tu. Aku sabar saja.
Aku single, dan akan single selamanya walaupun ada yang nak masuk meminang.
Gambar Hiasan via Daily Record
Sebab awal-awal Abah Mak dah tetapkan nanti kalau aku kahwin, wajib tinggal dengan mereka. Tak sanggup nak hadap nanti bakal suami makan hati. Aku rasa aku pun akan makan hati nanti.
Rumah banglo besar ni tinggal Abah Mak berdua saja nanti semua anak-anak tinggal di tempat lain. Tiada siapa pun yang faham dan akan boleh tahan dengan keluarga aku ni.
Sumber: IIUM Confessions
Kredit -Siakap Keli.
Post a Comment