[VIDEO] Tular Hilux Tekan Minyak Rempuh Gerai Sebab Pemandu Pitam, Tapi Suara Perakam Jadi Perhatian

[VIDEO] Tular Hilux Tekan Minyak Rempuh Gerai Sebab Pemandu Pitam, Tapi Suara Perakam Jadi Perhatian

Seperti yang dietahui umum, pitam berlaku apabila aliran darah ke otak berkurangan seketika, menyebabkan keadaan tidak sedar yang sementara. Keadaan ini disebabkan rasa sakit yang keterlaluan, emosi (stress) yang melampau, letih yang keterlaluan atau berdiri lama dalam cuaca panas.

[VIDEO] Tular Hilux Tekan Minyak Rempuh Gerai Sebab Pemandu Pitam, Tapi Suara Perakam Jadi Perhatian



Terbaru, kecoh di dada akhbar mengenai sebuah pacuan empat roda yang melanggar sebuah gerai mencuri tumpuan ramai semalam.

ARTIKEL MENARIK:Langgar SOP Penganjuran Majlis Sosial, Barisan Nasional Dikompaun RM10,000




Difahamkan, kemalangan berlaku kerana pemandu yang pitam atau pengsan semasa memandu akibat tidak makan.

Menurut sumber, kenderaan berjenama Hilux tersebut tidak dapat bergerak susulan terhalang oleh Perodua Alza pada arah bertentangan menyebabkan kekecohan kepada orang ramai berhampiran. Orang ramai turut kelihatan cuba membuka pintu kenderaan terbabit.


Kekuatan tekanan pada pedal kenderaan pacuan empat roda itu menyebabkan Perodua Alza di hadapannya teralih hingga menyebabkan kenderaan tersebut melanggar gerai berhampiran.



Loading...


Namun, pergerakan Hilux itu akhirnya terhenti apabila ia merempuh bahagian hadapan sebuah kedai.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata kejadian berlaku di Kajang pada petang rabu.

“Setelah tersedar daripada pitam, pemandu tersebut panik dan seterusnya berlaku kemalangan” katanya

“Hasil ujian air kencing pemandu tidak di bawah pengaruh alkohol. Ujian air kencing telah dijalankan terhadap pemandu dan ia didapati negatif,” tambah Mohd Zaid lagi.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa direkodkan, cuma kerosakan kenderaan sahaja yang berlaku.

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizal hakimm (@rizal_hakimm)

 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 27.4K tontonan, 1429 tanda suka dan 139 komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pemandu pacuan empat roda dan semua yang terlibat dalam kemalangan semalam.

Namun ramai juga yang tertarik dengan suara perakam video tersebut.

“Dia nk siasat pastu dia nk g pavilions ishh tak tetap pendirian”

“Yang pasti si perakam dah lambat nak pg pavilion”


“Tolong cri muka org yg rakam ni..Nak tgk dia”


 

Kredit -YOY Network.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post