SELEPAS dua bulan kehilangan isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib berkata soal jodoh bukanlah keutamaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata buat masa ini dia belum bersedia untuk mencari pengganti Siti Sarah.
ARTIKEL MENARIK:Pengsan di restoran sebelum disahkan meningg4l dunia. Status terkahir Mamat Khalid buat ramai sayu. Al Fatihah
GAMBAR ADALAH SEBAGAI HIASAN
Lebih-lebih lagi dia perlu memberikan tumpuan kepada empat anaknya yang masih kecil terutama Ayash Affan yang baru berusia dua bulan.
“Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka setelah arwah Sarah pergi, jadi sebab itulah saya tak terfikir fasal kahwin lagi. Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arwah di sana.
“Jadi bab jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya. Saya tidak menolak jodoh, sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.
“Tapi tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi, 37 tahun dan saya ada anak empat orang, sudah tentu mereka memerlukan kasih seorang wanita.
Kehilangan Siti Sarah masih dirasai oleh Shuib.
“Mak saya pun kata saya masih muda… sebagai lelaki sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada nafsu, apalagi dengan ada anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang wanita, ibu tapi semua itu saya serah kepada Allah mengenai soal jodoh saya pada masa hadapan,” katanya kepada mStar.
Shuib ditemui semasa majlis Indigital Music Night di Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya pada malam Jumaat.
Jika ditakdirkan berkahwin lagi, Shuib berkata dia hanya mahukan seorang wanita yang boleh menerima anak-anak kerana itu merupakan keutamaan hidupnya.
“Saya tak mahu wanita yang ada persamaan dengan Sarah sebab arwah dah berada di dalam kelasnya yang tersendiri, cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan. Hal kahwin ini bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga.
“Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat.
“Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya… cuma buat masa sekarang, belum ada,” ujarnya.
Shuib utamakan anak-anak.
Dalam pada itu, Shuib menafikan khabar angin dia kini didekati oleh seorang selebriti wanita.
“Siapa ya? Saya tak tahu langsung… Buat masa ini tak ada lagi sesiapa yang cuba dekati. Kalau ada pun saya berborak dengan pengurus sahaja,” katanya.
Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Sumber: Mstar via Trending Kini
Post a Comment