Selepas Siti Saleha, Muncul Pula Kes Perceraian Artis Indonesia Popular Ini

Selepas Siti Saleha, Muncul Pula Kes Perceraian Artis Indonesia Popular Ini

Semalam dikejutkan dengan berita perceraian pelakon popular Siti Saleha setelah dia memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35. Siapa sangka, perkahwinan mereka hanya bertahan hanya 4 tahun dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Selepas Siti Saleha, Muncul Pula Kes Perceraian Artis Indonesia Popular Ini



Dalam masa yang sama, di Indonesia muncul pula berita perceraian, bekas vokalis band terkenal, Samsons, Bams. Dia secara rasmi telah bercerai dengan Mikhavita Wijaya selepas tuntutan penceraiannya diterima di Mahkamah Negeri Jakarta Selatan.

ARTIKEL MENARIK:Elyana Sekeluarga Gembira Terima Kunjungan Istimewa Ebit Lew


Hak Penjagaan Anak Diberikan Kepada Mikhavita

Dalam keputusan yang telah ditentukan juga telah ditetapkan bahawa hak penjagaan anak diberikan kepada Mikhavita Wijaya dan Bams masih dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya.

“Menetapkan hak pengasuhan terhadap anak, yang bernama Eleanor Regina Bukit yang berusia 6 tahun 7 bulan berada dalam penjagaan plaintif dengan ketentuan bahawa defendan sebagai bapa mempunyai hakl untuk bertemu dengan anak seminggu sekali.”-Mahkamah


Bams Diperintah Beri Nafkah IDR 10 Juta  Sebulan

Selain itu, bekas vokalis kumpulan Samsons ini juga diminta untuk terus memberikan nafkah dan biaya pengajian kepada anaknya melalui Mikhavita Wijaya. Selain itu, beliau juga harus memberikan IDR 10 juta setiap bulan sehingga anaknya sudah berdikari.



Loading...


“Bagi defendan memberikan nafkah di atas pendidikan untuk anaknya yang bernama Eleanor Regiana Bukit melalui plaintif minimum 10 juta Rupiah setiap bulan sehingga beliau dewasa dan dapat hidup berdikari.”-Mahkamah

Sebulan sebelumnya, Bams telah mendedahkan bahawa rumah tangganya sedang berada di hujung tanduk dan pada masa yang sama berada dalam proses penceraian dengan Mikhavita Wijaya yang berpisah dengan baik.

Bams atau nama penuhnya adalah Bambang Reguna Bukit telah berkahwin dengan Mikhavita Wijaya di GPIB Paulus Jakarta, kawasan Menteng, Jakarta Pusat pada 14 Januari 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Eleanor Regina Bukit.

Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post