Selepas Askar Hisap Jari, Tular Pula Video Lelaki Cium Kepala Rakan Wanita

Selepas Askar Hisap Jari, Tular Pula Video Lelaki Cium Kepala Rakan Wanita

Menakutkan! Itulah gambaran yang diberikan oleh pengguna di laman Twitter selepas tular video seorang lelaki mencium kepala seorang wanita.

Selepas Askar Hisap Jari, Tular Pula Video Lelaki Cium Kepala Rakan Wanita



Lelaki Berstatus Suami Orang Cium Kepala Wanita 


ARTIKEL MENARIK:Ini Punca Sebenar Lelaki Mengamuk Libas Parang Ditempat Awam


Menerusi pendedahan yang dibuat oleh mangsa dikenali sebagai @nabshelby, kejadian tersebut sudah dua kali berlaku pada nya dan diperlakukan oleh individu yang sama.


Lebih memalukan, lelaki tersebut yang merupakan rakan sekerjanya adalah berstatus suami orang dan telah dibebaskan susulan laporan polis dibuat.


Jelas mangsa lagi, tujuan dia mendedahkan perkara tersebut adalah kerana ingin ia ditularkan sehingga isteri lelaki itu ketahui akan mengenainya selain menyeru kepada orang ramai yang pernah menjadi mangsa perkara sama untuk tampil ‘ke hadapan’ membuat laporan.

“Salam semua. Saya minta viralkan perkara yang saya sembunyikan. Saya di cium di kepala oleh salah sorang staf lelaki di tempat kerja saya. saya dah buat report ada bukti semua tapi dia dijamin oleh wife dia. i just nak viral sampai wife dia tau” ujarnya



Loading...




Ingin Beri RM50 Kerana Rasa Serba Salah 

Sebelum ini @nabshelby telah berkongsi video tindakan tidak bermoral lelaki tersebut namun menerusi carian terkini Murai.my video itu telah pun dipadam. Difahamkan kejadian itu berlaku di pejabat mereka, dan tindakan lelaki itu mencium kepala mangsa dilihat seperti sengaja dan memberi alasan bahawa ingin mengambil cop yang telah terjatuh.

Dedah mangsa lagi, lelaki itu turut ingin memberi wang berjumlah RM50 selepas kejadian itu kerana berasa serba salah.

“Dan anda ingin tahu perkara paling tak senonoh dia buat? dia ingin beri saya RM50 hanya kerana dia rasa serba salah” katanya lagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna yang lain mengutuk tindakan lelaki tersebut selain bertindak menularkan akaun sosial media miliknya.


Terdahulu rakan portal kami di Wanista.com melaporkan tular video seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape mengalami gangguan seksual seorang lelaki dengan pakaian seragam tentera ketika membeli vape pod. Dalam video tersebut, lelaki itu mengambil vape pod dan memegang tangan wanita itu, sebelum meletakkan jarinya di mulutnya. Menerusi laporan media terkini, suspek telah berjaya ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post