Rita Rudaini Persoal Penyelia FINAS Larikan Diri Selepas Krew Dijangkiti Wabak COVID-19

Rita Rudaini Persoal Penyelia FINAS Larikan Diri Selepas Krew Dijangkiti Wabak COVID-19

Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil bersuara selepas tersebar berita mengenai Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilaporkan telah melarikan diri sebaik sahaja mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauan Penyelia tersebut dijangkiti Covid-19.

Rita Rudaini Persoal Penyelia FINAS Larikan Diri Selepas Krew Dijangkiti Wabak COVID-19



“Macam Mana Ni Bila Orang Dalam Pun Bersekongkol?-Rita Rudaini


ARTIKEL MENARIK:Selepas Niezam Zaidi, Nama Pengarah Pula Dikenalpasti Terlibat Dalam Kes Dadah


Menerusi Insta Stories, Rita mempersoalkan bagaimana ‘orang dalam’ Finas boleh turut bersekongkol dalam perihal tersebut.

“Macam mana ni..bila orang dalam, pun bersekongkol? Bila ada virus, Yang kena tuduh confirm la yang UNVACCINATED.”-tegas Rita


Dedah Rita lagi, terdapat selebrti yang enggan ke hospital dan tidak mahu memakai gelang berwarna merah jambu sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur.

“Dengar khabar, ada artis yang taknak pergi hospital dan taknak pakai gelang pink..lari balik KL.. Mana tanggungjawab pada orang keliling? Kat media sosial sibuk pertikai tanggungjawab orang yang UNVACCINATED.

Ingat..bila kita hari-hari gigih nak buka aib orang, Tuhan buka aib kita. Cuma pesan sistur..Dah-dah la tuu..RELAX je yang dah VACCINE ni.”- kata Rita lagi

Netizen Anggap Rita Meroyan 


Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan dia telah dianggap sebagai meroyan gara-gara bersuara mengenai isu tersebut.



Loading...


“Bila kita sekali sekala bersuara..kata kita meroyan..yang depa 24/7 kat media sodial keji tu tengah bertahajud? Pastu hari-hari DM keji. Gelakkan tak boleh rentas, tak boleh dine in.

Itu je kerja korang? Itu je korang kesah bila dengan bangganya vaksin? Ooo bukan korang vaksin untuk daya tahan badan korang..paham..”-katanya


Tidak Kisah Mengenai Rentas Negeri & Dine In


Di kesempatan itu, Rita juga akui  idak kisah mengenai kebenaran rentas negeri atau ‘dine in’ , dan dalam masa yang sama bersyukur kerana ahli keluarganya berada dalam keadaan sihat.

“Sori lah..Sistur tak kisah rentas ke dine ke apa ke…. Yang penting Allah jaga 1 family sihat walafiat, dan kecukupan rezeki..

Mak? Hari-hari sistur call mama sistur..sehari dekat 10x gak la.. Walau pun jauh tak dapat bersua..sistur percaya doa sisturr untuk dia, sampai kat Allah”- dedahnya

Penyelia Protokol Penggambaran Larikan Diri


via MALAYSIAKINI

Terdahulu, dipetik dari laporan Harian Metro, PPP yang mendapat perakaun khas dari FINAS dilaporkan telah melarikan diri sebaik mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauannya dijangkiti COVID-19.

“Sebelum kejadian hampir setiap hari PPP ini berada di set penggambaran. Tapi selepas tujuh orang dalam produksi disahkan positif Covid-19, PPP ini cabut lari ke Kuala Lumpur.”-Sumber Harian Metro

Apa pendapat anda?


Kredit - Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post