‘Pukul 3 Pagi Ada Orang Ketuk-Ketuk Pintu’ – Delimawati Terkedu Diarah Keluar Dari Homestay

‘Pukul 3 Pagi Ada Orang Ketuk-Ketuk Pintu’ – Delimawati Terkedu Diarah Keluar Dari Homestay

” Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga…” Itu perumpamaan dapat diberikan setelah apa yang terjadi kepada pelakon veteran Delimawati yang dihalau dari homestay atau rumah penginapan di Kuala Kangsar, Perak kira-kira pukul 3 pagi, Ahad.

‘Pukul 3 Pagi Ada Orang Ketuk-Ketuk Pintu’ – Delimawati Terkedu Diarah Keluar Dari Homestay



Difahamkan Delimawati, 63, yang sedang menjalani penggambaran sebuah drama terkiIan apabila produksi mereka yang mengikut prosedur operasi standart (SOP) turut terkena tempias gara-gara sikap tidak bertanggvngjawab produksi lain hingga wujud kes p0.sitif COVlD-I9 di kawasan berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:“Kenapa sanggup buat lagi..” – Isteri Shuk terkilan, peluang diberi tapi tak dihargai


Menurutnya, dia dan beberapa pelakon senior lain yang turut terlibat dalam drama itu terpaksa bertolak balik ke Kuala Lumpur pagi Ahad.

” Kita duduk satu homestay dekat Kuala Kangsar, pukul 3 pagi ada yang ketuk-ketuk pintu.

” Saya terkejut juga, individu itu cakap kita semua kena keluar dan kena balik Kuala Lumpur sekarang.

” Kami bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 pagi, semua kena punggah Subuh tu juga. Saya harap produksi lain jagalah SOP, janganlah ambil orang yang tiada dua dos vaks1n,” ujarnya kepada mStar.

Delimawati turut meluahkan rasa terkilan kerana industri kreatif baru sahaja dibenarkan untuk beroperasi namun sudah timbul isu pelanggaran SOP.

” Semua yang buat penggambaran di Kuala Kangsar kena berhenti, kita pun terkejut juga sebab kena stop dan kena balik Kuala Lumpur.

” Apabila ditanya rupa-rupanya ada production yang terlibat dengan COVlD-I9,” katanya.

Sebelum itu, pada Ahad, pelakon Syafie Naswip meluahkan rasa kesal apabila produksi drama bersikap tidak bertanggvngjawab dan mengabaikan SOP ketika berada di set penggambaran sehingga tercetvsnya penuIaran wab4k COVlD-I9.

Disebabkan perkara itu, Syafie yang sedang menjalani penggambaran drama di Kuala Kangsar, Perak terpaksa dikuarntin di sebuah hotel selepas menjadi salah seorang kontak rapat psitif COVlD-I9.



Loading...


Lebih membuatkan dia beng4ng apabila pihak produksi bersikap lepas tangan termasuklah mahu meneruskan penggambaran meskipun pada awalnya mengetahui ada kru yang tidak sihat.

Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 1958, pemilik nama sebenar Delimawati binti Ismail ini mula menceburi bidang lakonan selepas diperkenalkan pengarah Mat London pada 1987.

Nama beliau mula naik dengan watak Cik Kiah melalui telefilem popular Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan kemudian melonjak sekali lagi sebagai Kak Limah dalam siri filem Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah oleh Mamat Khalid.

Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Dalam satu wawancara BHOnline Jun lalu, Delimawati berkongsi kisah kehidupan sejak penuIaran pndemik COVlD-I9, tahun lalu.

Beliau antara sebahagian artis yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana bergantung kepada pendapatan daripada aktiviti seni.

Menurut Delimawati, dia menganggap diri beruntung kerana menetap bersama anak bongsu.

” Dalam soal makanan, ada yang menanggung saya. Apa yang anak saya, menantu dan cucu makan, saya berkongsi rezeki mereka.

” Mujur duduk dengan mereka, jadi ‘lepaslah’ soal itu. Menantu bekerja manakala anak saya hanya menjadi suri rumah.

” Namun, saya risau kerana bayaran pinjaman kereta tidak dapat dijelaskan lagi. Dengan kereta itulah saya bergerak untuk keluar mencari rezeki.

” Saya rasa ‘patah kaki’ kalau tiada kereta. Saya takut kereta ‘ditarik’, namun, saya tawakal dan berdoa yang baik-baik,” katanya.

Dakwa Delimawati yang berasal dari Kuala Kangsar, beliau sudah beberapa bulan tidak mendapat tawaran berlakon.

” Kali terakhir berlakon telefilem Raya Pukul 7 untuk Awesome TV siaran Aidilfitri lalu. Selepas itu, tiada lagi.

” Saya risau soal pendapatan. Namun, dengan keadaan meruncing sekarang dan ‘total lockdown’, kita kena utamakan nyawa daripada segala-galanya.

” Kita kena berkorban untuk tidak meneruskan kerja lakonan. Jika tidak, kesannya lebih bah4ya,” katanya.

Sumber:mstar  via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post