Presiden Seniman Malaysia Buat Diskusi Bersama Fauzi Nawawi, Nazrudin Luah Rasa Kesal?

Presiden Seniman Malaysia Buat Diskusi Bersama Fauzi Nawawi, Nazrudin Luah Rasa Kesal?

Hos televisyen terkenal Nazrudin Rahman terpanggil untuk memberi teguran tatkala melihat perkongsian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (PSM), Zed Zaidi di Instagramnya pada 20 Oktober kelmarin.

Presiden Seniman Malaysia Buat Diskusi Bersama Fauzi Nawawi, Nazrudin Luah Rasa Kesal?



Sesi diskusi bersama Fauzi Nawawi mengenai kontroversi yang terpalit pada diri pelakon tersebut, dibuat secara siaran langsung di akaun TikTok presiden seniman baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:‘Shooting’ Bersama Cheryl Samad, Dr. Halina Dan Netizen Terkejut Wajah Hos Tak Makan Usia!


Kecewa Tiada Platform Untuk Selebrti Wanita Bersuara

Hos Jalan-Jalan Cari Makan ini memuatnaik tangkap layar pengumuman yang Zed Zaidi papar di Instagramnya, Nazrudin berasa kecewa kerana presiden seniman tanah air tidak menyediakan pelantar untuk artis wanita bersuara sebaliknya memberi ruang buat pesalah bersuara.

“Yang pesalah diberi ruang untuk meminta maaf. Tapi sayang, @persatuansenimanmalaysia terlepas peluang menyediakan platform untuk pelakon wanita bersuara.” Tulisnya


Foto – Instagram @nazrudinrahman

Persoal Presiden Seniman Tak Guna Media Sosial Rasmi

Dalam masa yang sama Nazrudin juga menyentuh soal penggunaan media sosial, di mana sesi diskusi antara presiden seniman tanah air bersama pelakon tersebut disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok peribadi Zed Zaidi dan bukan media sosial rasmi persatuan.

Pengacara terkenal ini mengatakan jika benar mahu menangani budaya rogol, media sosial rasmi persatuan seniman harus diguna sama untuk memberi kesedaran dalam industri hiburan tempatan.



Loading...


“Kenapa diskusi ini tidak dilakukan atas pelantar rasmi TikTok atau IG Seniman?

Perkasakan mereka yang rasa diancam bila bekerja, kalau ingin banteras #rapeculture

Semoga tidak lupa untuk perjuangkan suara SEMUA ahlinya.” Tegasnya

Rakan Industri Dan Netizen Setuju Dengan Pandangan Nazrudin

Melihat teguran dan pandangan yang dikongsi oleh hos popular itu, Nazrudin menerima respon positif rakan industri dan warganet di ruangan komen posting Instagramnya.

Malah pengacara ini juga turut memberi jawapan balas sesetengah komen warganet di ruangan komennya, setiap jawapan yang diberikan penuh mesej membangun.


Foto – Instagram @nazrudinrahman

“Ayat” komen Daphne Iking

“Terima kasih @nazrudinrahman kami perlukan lebih ramai lelaki bersuara dan saling bertanggungjawab” komen warganet

“Semoga lelaki pimpinan anda sentiasa meletakkan kepentingan anda dalam hati” balas Nazrudin

Ingat isu rogol atau bercerita babak rogol bukan satu bahan jenaka, sebaliknya ia perkara berat dan perlu dipandang serius oleh semua pihak dalam industri hiburan Malaysia.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post