Penganjur Menjadi Punca Wanita Maut Ketika Aktiviti ‘Bungee Jump’ Setinggi 82 Kaki.

Penganjur Menjadi Punca Wanita Maut Ketika Aktiviti ‘Bungee Jump’ Setinggi 82 Kaki.

Seorang ibu kepada tiga anak dilapor maut ketika membuat lompatan ‘bungee’ dengan keadaan yang salah, lapor Daily Mail.

Penganjur Menjadi Punca Wanita Maut Ketika Aktiviti ‘Bungee Jump’ Setinggi 82 Kaki.



Rakaman mengerikan itu memaparkan wanita berusia 33 tahun berkenaan dengan tenang melangkah pada bumbung sebuah hotel di Karaganda, Kazakhstan.

ARTIKEL MENARIK: Pihak sekolah mengeluarkan amaran. Ibu bapa boleh disaman kalau anak tiru aksi Squid Game di sekolah.

Ekoran daripada itu, dia dilaporkan terjatuh setinggi 82 kaki dan mengalami banyak kecederaan, ketika tali sokongan didakwa tidak diikat dengan betul pada pokok.

Wanita itu yang jatuh dalam keadaan mengerikan dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan kerana kecederaan serius di kepala, tetapi dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dalam rakaman video itu juga terdapat seorang lelaki memasangkan tali sokongan kepada wanita tersebut dan seorang lagi berada di luar kamera. Rakan wanita yang sepatutnya turun selepas gilirannya menjerit selepas melihat  wanita itu tersalah lompat.



Loading...


Tali silang yang sepatutnya diikat pada tali keselamatan gagal dipegang kerana tidak diikat dengan betul. Kecuaian tersebut telah menyebabkan wanita itu terjatuh ke bawah dan diseret kira-kira 12 kaki sebelum terkena dinding, tulis Daily Mail.

Menurut sumber, lompatan itu dibenarkan sebelum pihak penganjur mempunyai masa untuk mengikat tali di atas pokok. Seorang lelaki  yang dipercayai pemegang tali keselematan yang seharusnya di ikat pada pokok itu dilihat jatuh ke lantai kerana menahan kekuatan jatuh tersebut.

Kata jurucakap kesihatan tempatan, pesakit telah jalani pembedahan untuk membuang hematoma sebelum disahkan maut tidak lama selepas itu. Siasatan jenayah dibuka bagi menyiasat kecuaian yang dilakukan oleh pihak penganjur.

Sumber: Siakap Keli , Daily Mail via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post