Peminat Kecewa Episod Akhir ‘Perisik Cinta Tak Diundang’ Tak Seperti Yang Dibayangkan

Peminat Kecewa Episod Akhir ‘Perisik Cinta Tak Diundang’ Tak Seperti Yang Dibayangkan

Drama popular Perisik Cinta Tak Diundang gandingan hebat antara Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Bella Astillah, dan barisan pelakon yang lain, melabuhkan tirai drama dengan pengakhiran jalan cerita yang tak disangkakan oleh penonton.

Peminat Kecewa Episod Akhir ‘Perisik Cinta Tak Diundang’ Tak Seperti Yang Dibayangkan



‘Ending’ Drama Tidak Seperti Yang Dibayangkan


ARTIKEL MENARIK:Tiz Zaqyah Bosan! Golongan Anti Vaksin Sering Beri Pelbagai Alasan


Siapa sangka drama kesukaan ramai ini berakhir dengan perkahwinan antara Erianna dan Amar, manakala hubungan Niyaz dan Medina terputus begitu sahaja tidak seperti pengakhiran bahagia yang dibayangkan oleh ramai penonton setia drama bersiri ini.

Peminat Tak Boleh Terima, Mahu Musim Kedua Keluar

Boleh dikatakan selepas tamat episod yang ditayangkan, orang ramai mula membanjiri ruangan komen media sosial barisan pelakon drama bersiri ini seperti Andi Bernadee, Shiha Zikir dan Bella Astilla.

Rata-rata ramai yang luah tidak dapat menerima pengakhiran drama tersebut, dan masing-masing beri pendapat mahukan siri kedua drama ditayangkan.


Foto – Instagram @andibernadee

“Saya geram dengan ‘ending’ tuu”

“Asal ‘ending’ dia tergantunggg, tak puas hati”

“Ending’ sedihlah, ‘season 2 please'” Komen mereka di Instagram Andi



Loading...




Foto – Instagram @shihazikir

“Alaaa ‘ending’ tu.. Nak sambung lagi… Syok sangat tengok @shihazikir dengan Niyaz.”

“Best’ lah cerita ni nak sambungan lagi.”

“Kenapa ‘ending’ macam tu. Alaaa… Harap sangat Niyaz dengan Medina kahwin tapi orang lain yang kahwin.” Komen mereka di Instagram Shiha


Foto – Instagram @bellaastilla

“Terima kasih @bellaastilla … Tamat sudah Perisik.. InShaaAllah kita tunggu Perisik 2 pula… Sayang Bella.”

“Ending’ lain dari lain… Selalu tengok hero heroin nikah.. Ni tengok pasangan kedua yang nikah.. Okalah.. Semoga ada musim 2 atau Raya ke nanti…”

“Perisik Cinta Tak Diundang 2 ‘please.” Komen mereka di Instagram Bella

Andi Bernadee ‘Usik’ Peminat, Luah Suka Dengan ‘Ending’ Drama

Masih kecoh dengan ‘ending’ drama Perisik Cinta Tak Diundang, Andi Bernadee muatnaik klip video yang mengandungi kompilasi babak dalam drama tersebut bersama Shiha Zikir dengan kapsyen dirinya suka dengan episod akhir drama.

“Saya suka je ‘ending’ tadi.” Komen Andi


Foto – Instagram @andibernadee

Melihat kapsyen tersebut membuatkan peminat beri komen yang agresif di Instagramnya, namun Andi membalasnya dengan tenang.

“ELOKLAH KAU ‘SINGLE’ JE SAMPAI ABANG JAMIL MAMPOS. EGO EGO EGO.” Komen salah seorang peminat

“Siapa suruh pulangkan cincin.. Tu makannya.” Balas Andi

Apa-apa pun drama Perisik Cinta Tak Diundang memang meletup habis, jalan cerita lain dari biasa. Agak-agak musim kedua keluar tak nanti?


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post