Maut Kereta Terbabas Selepas Langgar Gajah.

Maut Kereta Terbabas Selepas Langgar Gajah.

KLUANG – Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas selepas melanggar seekor gajah di Jalan Pinang, Hala Bukit Tongkat di sini pada Sabtu.

Maut Kereta Terbabas Selepas Langgar Gajah.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Abd Rahim Razali berkata, mangsa dikenali sebagai Ismail Daud, 37, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK:[Terkini]’ Tlada Lagi Senyumanmu..’ Staf RTM, Nurul Hayati Dijmput IIahi Kereta Bertmbung.


Beliau berkata, dua wanita dan seorang kanak-kanak yang turut menaiki kereta terbabit cedera, namun maklumat belum diperoleh.

“Kita menerima maklumat mengenai kemalangan ini pada jam 9. 59 malam dan sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda City yang dinaiki empat orang mangsa yang terbabas melanggar seekor gajah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Abdul Rahim berkata, tiga mangsa dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam dan dibawa ke hospital menaiki ambulans.



Loading...


“Seorang mangsa di bahagian tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 10.44 malam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian  via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post