“Mak Jumpa Abang Disana Ye” – Ibu Ali Puteh Meninggal Dunia

“Mak Jumpa Abang Disana Ye” – Ibu Ali Puteh Meninggal Dunia

Pelawak terkenal, Ali Puteh berkongsi khabar duka pada tengah malam Khamis apabila ibunya yang tercinta, Sabariah Arshad telah pergi buat selama-lamanya.

“Mak Jumpa Abang Disana Ye” – Ibu Ali Puteh Meninggal Dunia



Ali Mohon Doa Buat Allahyarhamah Ibu Tercinta 


ARTIKEL MENARIK:Anak Azmi Saat menlnggal dunia – “Tunggu kami di syurga ya”


Menerusi sebuah hantaran yang dibuat Ali di laman Instagram, pelawak itu berkongsi foto kenangan bersama Allahyarhamah ibunya selain menulis kapsyen yang menyentuh hati.

“Assalamualaikum..mak saya telah pergi mengadap Ilahi..doakan buat mak saya ya semua..mak jumpa abang(Arwah Abam Bocey) disana ya..” tulis Ali

Dikebumikan Sebelum Solat Jumaat 

Difahamkan, Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Selayang selepas dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu akibat serangan asma. Dalam hantaran susulan, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarrak Al Jufri memaklumkan jenazah ibunya akan dikebumikan pada hari ini di Tanah Perkuburan Sg Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat.



Loading...


Sekadar info, sebelum ini Allahyarham Abam Bocey dan penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah turut dikebumikan di tanah perkuburan yang sama.

Salam takziah dari kami  Al-Fatihah.


Kredit -Murai.my



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post