Lelaki mati selepas kediaman diserbu polis, dadah dirampas

Lelaki mati selepas kediaman diserbu polis, dadah dirampas

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah tegar meninggal dunia selepas polis menyerbu pangsapurinya di Taman Dato Senu, Sentul pada petang tadi.

Lelaki mati selepas kediaman diserbu polis, dadah dirampas



Lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan panik ketika polis Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul melalukan serbuan pada pukul 5 petang.

ARTIKEL MENARIK:Pasangan Suami lsteri MninggaIDunia Akibat DikeIar 0Ieh Anak Sendiri. SaIam takziah buat keluarga


Suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan ketika polis hendak menahan dia dan hasil pemeriksaan di dalam bilik di pangsapuri itu pasukan pihak berkuasa menemui dadah jenis methapitamine dan heroin.

Lelaki terbabit cuba mencapai sabit sebelum anggota polis menggarinya namun tidak lama selepas itu suspek rebah.

Pegawai perubatan dikejarkan ke lokasi tiba 10 minit kemudian dan hasil pemeriksaan mengesahkan kematian suspek.

Turut berada dalam rumah semasa serbuan dilakukan ialah ibu suspek serta tiga lagi ahli keluarga dipercayai anak saudaranya.



Loading...


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.

“Bagi peringkat awal ini, kes telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Kita juga sedang meneliti maklumat yang mana sebelum kejadian petang tadi, si mati difahamkan telah mengalami kecederaan selepas bertengkar dengan adiknya di sebelah pagi tadi di rumah sama,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette malam ini. – MalaysiaGazette




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post