Ini 10 Air Terjun di Kelantan Yang Perlu Anda Kunjungi

Ini 10 Air Terjun di Kelantan Yang Perlu Anda Kunjungi

Masih ramai yang tidak tahu air terjun yang terdapat di Kelantan. Kelantan sangat terkenal dengan jolokan nama gelaran. Antaranya ialah Negeri Cik Siti Wan Kembang, Negeri Serambi Mekah dan juga Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Ini 10 Air Terjun di Kelantan Yang Perlu Anda Kunjungi



Ini menggambarkan bahawa keunikan Kelantan yang sejak dari dahulu kala sebuah negeri yang bertamadun dan juga kaya dengan keindahan flora dan faunanya yang semulajadi.

ARTIKEL MENARIK:9 Tempat Menarik Percuma Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands


Jadi tidak hairanlah jika terdapat banyak pusat-pusat peranginan semulajadi di negeri ini. Tinggal lagi mungkin sebelum pusat peranginan ini kurang dikenali kerana kelemahan infrastruktur dan sebagainya. Jadi kali ini, jom kita bongkar 10 Air Terjun yang terdapat di seluruh Kelantan yang wajib anda membawa keluarga untuk kunjungi.

1. Air Terjun Jelawang (Gunung Stong)

air terjun jelawang

Air Terjun Jelawang, Gunung Stong

Air Terjun Jelawang terletak di Taman Negeri Gunung Stong di Dabong, Kuala Krai.Merupakan salah satu air terjun di Kelantan yang sangat terkenal. Ia memiliki beberapa tingkat air terjun memandangkan ia adalah kawasan berbukit. Air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Malaysia malah Asia Tenggara. Anda boleh menikmati kedinginan dan keindahan lama semulajadi di sini.

gunung stong

Menjadi pilihan utama bagi penggemar aktiviti lasak

Kemudahan di sediakan seperti parking, tandas, pondok rehat, chalet, gerai, trek joging, dewan serbaguna, surau, jambatan gantung dan tempat memasak.Jambatan gantung membolehkan anda menyeberangi serta bergambar kenangan di sana.Jaraknya 50 km dari Bandar Jeli melalui Jalan Jeli – Kota Bharu dan 155 km dari bandar Kota Bharu. Taman Negeri Gunung Stong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong Tengah yang merupakan hutan jenis dipterokarpa bukit dan gunung.

2. Air Terjun Lata Berangin (Kuala Krai)

lata berangin

Keindahan semula jadi air terjun Lata Berangin

Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas, Kuala Krai.
Anda boleh mengunjunginya melalui jalan yang terletak diantara Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang. terletak kira-kira 20 km dari Bandar Kuala Krai.

lata berangin

Kemudahan yang disediakan menjanjikan keselesaan kepada pengunjung

Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan.
Lata Berangin kini telah selesai dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan seperti gerai, pondok rehat, temoat berkhemah dan sebagainya. Pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 sahaja.

3. Hutan Lipur Jeram Linang

jeram linang

Selamat Datang ke Hutan Lipur Jeram Linang

Jeram Linang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan dan terletak di Hutan Simpan Ulu Sat Machang.Merupakan antara kawasan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan.

Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai khususnya dari daerah Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Kota Bharu dan Jerteh (Terengganu).
Majlis Daerah Machang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.

jeram linang

Ruangan kolam yang mesra keluarga

Majlis Daerah Machang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.Jaringan jalan raya yang baik telah dibina oleh pihak kerajaan bagi memudahkan para pegunjung melawat Jeram Linang. Jeram Linang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh – Machang) dan 15 kilometer dari Bandar Machang (melalui jalan Machang – Wakaf Linchong).

4. Air Terjun Jeram Pasu (Pasir Puteh)

Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh – Kota Bharu.

 

jeram pasu

Jeram Pasu, Pasir PutehDiselenggara oleh PBT iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh ; yang telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan. Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT.

5. Lata Rek (Kuala Krai)

Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri Kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang amat sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan.[1] Kawasannya terletak berhampiran Kg. Laloh iaitu lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai, Kelantan. Orang ramai boleh ke sana melalui Lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang. Kebiasaannya Lata Rek paling ramai dikunjungi pada hari Jumaat (sempena cuti hari minggu di Kelantan).

latarek

Keindahan Lata Rek

 

Tidak ketinggalan juga bagi penuntut universiti, pelajar sekolah, tentera, polis dan badan sukarela kerap membuat pekhemahan terutama pada musim cuti sekolah. Buat masa ini, tempat penginapan belum disediakan oleh pihak tertentu kerana masalah banjir yang boleh merosakkan struktur bangunan di sini terutama pada musim tengkujuh. Apapun, air terjun ini amat sesuai untuk sesi keluarga dan pekhemahan. Kedai makan, warung, pasar dan pelbagai lagi kemudahan terdapat berhampiran kawasan ini.

Sejarah Lata Rek : Berdasarkan kajian daripada orang-orang lama yang merupakan penduduk asal Lata Rek, nama Lata Rek berasal daripada bahasa Orang Asli. Lata bermaksud jeram yang terdapat hamparan batu-batan yang terbentang luas dan Rek bermaksud air yang mengalir dan turun dari tempat yang tinggi. Gabungan perkataan Lata dan Rek memberi maksud air yang mengalir dan terjun dari celah batu yang tinggi yang menghasilkan bunyi seperti rek-rek.

Lata Rek terletak dalam Mukim Lata Rek di Daerah Olak Jeram. Kampung di sini juga dikenali sebagai Kampung Kedondong yang di ambil sempena kampung asal penempatan penduduk dari Kampung Kedondong, Pasir Mas. Tetapi disebabkan terdapatnya Air Terjun maka nama Lata Rek lebih sinonim dan terkenal.



Loading...


6. Lata Hujan (Tanah Merah)

lata hujan

Selamat Datang ke Lata Hujan

Air Terjun Lata Hujan Tanah Merah terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Lata Hujan adalah merupakan tempat untuk berkelah dan rekreasi yang popular di kalangan penduduk setempat. Lata Hujan bukan sahaja berjaya menarik pelancong tempatan malah pelancong antarabangsa.

lata hujan

Lata Hujan, Gual Ipoh

Usaha kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan seperti Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla dan tempat untuk berkhemah telah berjaya mengangkat Lata Hujan sebagai salah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Lata Hujan mempunyai air terjun yang jernih dan sekaligus menjadikan tempat ini sesuai untuk mandi manda dan tempat untuk melakukan rekreasi air.

7. Taman Negara Kuala Koh (Gua Musang)

kuala koh

Taman Negara Kuala Koh

Terletak kra-kira 185 km dari Kota Bharu. Perjalanan sejauh 90 km dari Bandar Gua Musang. Pintu masuk taman ini berada di Persimpangan Aring melalui Jalan Gua Musang-Kota Bharu. Dari sini, perjalanan sejauh 45 km melalui jalan berturap.

Terdapat juga beberapa buah chalet dan restoran yang menawarkan harga yang rendah. Khidmat pemandu pelancong yang bertauliah boleh didapati dari syarikat pelancongan di Pekan Gua Musang. Di sini juga boleh menyewa kenderaan untuk ke Kuala Koh. Para peminat burung akan berpeluang melihat pelbagai spesis burung liar yang terdapat di persekitaran hutan Kuala Koh.

Bagi kaki pancing, tentu sekali ingin menduga kebolehan memancing di sungai-sungai yang ada. Hutan tropika yang kaya dengan flora dan fauna memberikan peluang terbaik bagi peminat seni fotografi untuk mengabadikan hutan ini dalam karya seni. Terdapat berbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sungai sekitar Kuala Koh seperti berkayak, mengayuh rakit buluh dan rakit gelembung.

kuala koh

Aktiviti Tubing redah Sungai di Taman Negara Kuala Koh

 

kuala koh

Canopy Walk

Pengunjung yang berminat menyertai aktiviti ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Jabatan Perhilitan dan Taman Negara di Kuala Koh. Selain itu, sebuah jambatan gantung telah siap dibina berhampiran Kuala Koh memberikan peluang kepada para pengunjungnya untuk menyaksikan keajaiban hutan hujan tropika yang menyimpan sejuta rahsia.

8. Jeram Mengaji (Pasir Puteh)

jeram mengaji

Air yang cetek dan jernih menjadi pilihan untuk aktiviti keluarga di Jeram Mengaji

Jeram Mengaji ini juga dikenali sebagai Jeram Mak Nenek. Ia telah dibuka pada tahun 2005 dan masih mengambil masa untuk pembangunannya. Ia hanya 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh.

Kawasan ini agak pedalaman, jadi tak ramai yang tahu. Apa kata anda ke sini bersama keluarga untuk melakukan aktiviti keluarga. Pasti meriah jika bermandi-manda, berkelah dan berekreasi di sini. Ia sangat tenang dan airnya sejuk sekali.

9. Lata Bijih (Tanah Merah)

lata bijih

Kemudahan yang menarik anak-anak

Lata Bijih tidak kurang hebatnya kerana tempat mandi ini sangat menyeronokkan, sejuk dan sesuai untuk anak-anak. Dahulunya, nama air terjun di Kelantan ini adalah Air Terjun Telaga Bijih.

Selain air terjun, anda juga boleh mandi di kolam mandi yang disediakan kerana Lata Bijih ini bukan sahaja mempunyai air terjun. Kolam yang disediakan sesuai untuk anak-anak kecil juga.

10. Lata Janggut (Jeli)

lata janggut

Lata Janggut, Jeli

Air Terjun Lata Janggut terletak di Kampung Lata Janggut, Jeli, Kelantan iaitu kira-kira 13 kilometer dari bandar Jeli.
Nama Lata Janggut itu sudah wujud sejak pemerintahan Raja Melayu zaman dulu dan ketika itu masih hutan tebal lagi dan tiada penghuni dan tiada kampung di kawasan ini. Keadaan air yang terjun di Lata Janggut pada zamam dulu adalah berketinggian lima kaki.Malahan laluan air melalui jeram itu juga begitu dalam tidak sebagaimana hari ini yang semakin cetek.
Lata Janggut menjadi pilihan seisi keluarga kerana keadaannya yang cetek dan selamat


Kredit -Suara Viral Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post