Sejak petang Ahad,tular di laman Twitter mengenai nama pelakon,penyanyi dan pengacara Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu.
Dakwa Jadi Isteri Kedua Faizal Azumu
ARTIKEL MENARIK:6 Selebriti Bollywood Yang Berjaya Mempertahankan Rumah Tangga Walaupun DicurangiDakwaan tersebut muncul selepas seorang pengguna laman itu yang dikenali sebagai @abam_kumis mengatakan bahawa info tersebut diperoleh berdasarkan kenyataan jiran kepada Erra ataupun Faizal. Lebih mengejutkan, Erra turut didakwa menjadi isteri kedua kepada ahli politk itu.
Dalam padu itu, carian seorang netizen lain turut mendakwa Faizal hanya mengikuti seorang selebriti iaitu Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek di laman Instagram, kononnya menguatkan spekulasi tersebut.
Murai.my cuba menghubungi pihak Erra menerusi pengurusnya namun gagal dihubungi. Menjengah kepada hantaran terkini Instagram primadona filem Melayu itu, Erra berkongsi fotonya sedang melakukan aktiviti berbasikal bersama beberapa individu lain .
Erra Berkias Kepada Netizen
Malah, pelantun Hanya Di Mata ini turut meninggalkan kiasan menafikan perkahwinannya kepada netizen yang telah membanjiri ruangan komennya dengan persoalan mengenai isu tersebut.
“Apooooo(Apa)..tak habis-habis cerita pasal kahwin ini. Apa pun, orang suka untuk berkata, jadi biarkan mereka seronok dengan berkata-kata” tulis Erra sekaligus seperti menafikan dakwaan yang tular
Sekadar info, Erra mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Engku Emran sebelum bercerai pada 2014. Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi kumpulan KRU yang juga pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim dan bercerai pada tahun 2006.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment