Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ketika ramai ibu bapa gembira membesarkan anak di depan mata, ada banyak pasangan ‘berperang’ dengan emosi, menahan telinga daripada sindir dan cemuh, hanya kerana memiliki anak istimewa.
Dalam dunia yang serba mencabar dan begitu mementingkan pendidikan awal untuk anak-anak, ramai dalam kalangan ibu bapa yang begitu cerewet dalam soal ini.
ARTIKEL MENARIK:Perkahwinan dengan Najib tak bertahan 34 tahun kalau saya mengongkong- Rosmah
Masing-masing cuba mencari pusat asuhan kanak-kanak terbaik untuk proses pendidikan awal anak-anak bagi menghadapi persediaan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.Pembelajaran akademik penting, sahsiah diri juga perlu dititik beratkan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi serta dunia digital tanpa sempadan hari ini.
Tular baru-baru ini sebuah video CCTV dimana seorang kanak-kanak istimewa yang dilayan dengan cara yang agak kasar oleh pemjaga dipercayai pengasuh di sebuah pusat asuhan. Ramai yang luahkan rasa sedih dan tidak puas hati dengan pelakuan dalam videi tersebut.
VIDEO PENUH:
Dalam era teknologi di hujung jari ini, masih ramai tidak tahu siapakah sebenarnya anak autisme. Ada yang melabel mereka sebagai budak nakal, suka mencederakan diri sendiri, ganas, mudah mengamuk, cenderung tantrum dan banyak lagi yang pastinya tidak sedap didengar.
Sikap segelintir masyarakat yang begitu mudah melabel anak istimewa itu tanpa cuba memahami situasi dihadapi mereka. Lebih penting, anak autisme tidaklah seteruk yang kerap digambarkan atau ditonjolkan kepada umum.
Autisme adalah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak sejak dalam kandungan. Anak ini menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, komunikasi, emosi, rutin berkaitan minat, tingkah laku dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.
Antara ciri ketara anak autisme termasuk mempunyai masalah pertuturan, literasi dan minat dan kemahiran yang terhad. Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan masyarakat selain ahli keluarga untuk menjalani kehidupan normal dan mendepani pelbagai cabaran mahupun kesukaran sepanjang hayat.
Sumber: fb via Trending Kini
Post a Comment