Nama usahawan sensasi Nur Sajat terus hangat diperkatakan di media sosial. Selepas tularnya isu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berhijrah ke Australia, kini beberapa hantaran foto nya di Instagram menjadi bualan ramai.
Sajat Tayang Punggung
ARTIKEL MENARIK:“Masya’Allah, subhanallah..” Shuib Kongsi Foto Brsama Ayash Affan. Skali Komen Tokti Cvri Tumpuan
Semuanya gara-gara pelantun Makhluk Penggoda itu memuatnaik foto dirinya yang hanya memakai set bikini sehingga menampakkan punggungnya dengan jelas. Susulan itu, rata-rata netizen bertindak mengecam serta menasihati Sajat sebelum dia menutup ruangan komen.
Dalam perkembangan berkaitan, Sajat menerusi beberapa hantaran di Insta-story meluahkan rasa kecewa dan menegur sikap segelintir netizen yang masih menyibuk akan perihal dirinya meskipun tidak lagi menetap di Malaysia.
“Tak boleh tengok orang senang kan? Kan dah kata Australia ini adalah negara yang bebas, kenapa nak kecam seolah-olah aku duduk dekat Malaysia. Boleh tak korang jangan nak menyibuk? Aku nak pakai apa ke,nak pakai bikini ke, nak pakai seluar pendek ke tak pakai baju ke
“Lepas ini kan aku tak fahamlah korang ini jenis kecam lepas itu aku dengar agama lah itu lah ini lah boleh tak tolong hormati kita sebagai manusia, boleh tak? Macam tak boleh terima hakikat langsung macam korang itu penasihatl, lemas lah
“Tak habis-habis nak menganggu ketenteraman orang macam aku ini duduk di Malaysia, aku duduk di Australia tau ini aku duduk di Australia pun tetap kena kecam. Biarlah aku pakai apa pun.
“Dekat sini lagi bebas kau tahu tak? Bebas gila nak pakai baju apa pun tak apa dekat sini ada satu tempat itu kau boleh telanjang bogel. Tak payah kau nak jakun sangat menyemak! Bukan kita nak cakap besar ke apa dah aku dekat Australia suka hati aku nak buat apa dan pakai apa pun” dedahnya
Bangga Sebagai Trans Woman
Menurut Sajat hampir segala isu termasuk mengenai agama dan politik akan dikaitkan dengan dirinya. Biarpun begitu, Sajat turut membuat pendedahan yang mengejutkan apabila dia berbangga sebagai seorang trans woman dan meminta orang ramai untuk berhenti mengecamnya.
“Memang aku sekarang nak pakai baju tak cukup kain je. Aku kan transwoman dah cukuplah apa lagi korang nak, sibuk? Kalau laki kau tengok, tutup telefon bimbit dia, check telefon dia mana tau kalau dia tengok kita kan terus ada nafsu. Kita memang suka OOTD, fashion.
“Jangan ganggu kita, kita bukan dekat Malaysia tapi kita dekat Australia. Cukup tak payah komen lebih-lebih nanti followers aku dekat Australia pelik pula kenapa orang Malaysia ini komen sangat agresif dan mengancam jantina seseorang, kenapa? ” tegur Sajat
Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat mendedahkan bakal ditemubual oleh sebuah portal berita antarabangsa terkenal, BBC selain berasa teruja untuk memulakan perniagaan barunya di Australia.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment