68 kes kematian; satu kematian sebenar

68 kes kematian; satu kematian sebenar

PUTRAJAYA – Kes kematian kembali merekodkan di bawah angka 100 dengan 68 kes dilaporkan, menurut data dipaparkan pada laman web CovidNow.

68 kes kematian; satu kematian sebenar



Berdasarkan maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, satu kematian dicatatkan sepanjang tempoh 24 jam semalam dengan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 27,593 kes.

ARTIKEL MENARIK:Had jemaah sembahyang Jumaat di Johor ikut kapasiti masjid, surau


“Terdapat 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kes BID sebanyak 5,568 kes,” demikian data pada laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Johor (9), Perak (8), Kelantan (6), Sabah (6), Terengganu (4), Melaka (3), Pahang (3), Perlis (3), Pulau Pinang (3), Selangor (3), Kedah (2) dan Negeri Sembilan (2) serta tiada kematian di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 106,047 kes aktif melibatkan 82,634 kes kuarantin di rumah, 15,228 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,463 kes di hospital, 342 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan serta 380 kes di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.




Loading...


Sementara itu, daripada 7,950 kes harian semalam, pecahan mengikut negeri ialah Selangor (1,449 kes), Sarawak (1,165 kes), Kelantan (958 kes), Sabah (751 kes), Johor (703 kes), Terengganu (499 kes), Kedah (489 kes), Pahang (474 kes), Perlis (405 kes), Perak (342 kes) dan Kuala Lumpur (309 kes).

Negeri-negeri lain Melaka (188 kes), Negeri Sembilan (167 kes), Pulau Pinang (32 kes) dan Putrajaya (19 kes) serta tiada jangkitan baharu di Labuan semalam. – K!ONLINE


 via Kosmo Digital

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post