Yakin Pergi Janda Baik Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Sekali P0lis Nak Siasat Bekas Isteri kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof

Yakin Pergi Janda Baik Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Sekali P0lis Nak Siasat Bekas Isteri kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan telah bercuti ke Janda Baik, Pahang bersama anak-anaknya.

Yakin Pergi Janda Baik Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Sekali P0lis Nak Siasat Bekas Isteri kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof



Apa yang menjadi tumpuan ramai orang adalah kapsyen yang ditulis Vie di Instagram (IG) yang mendakwa untuk pergi ke sana tidak perlu menggunakan surat rentas negeri.

ARTIKEL MENARIK:Zizi Kirana Terkjut Bngun Tldur Nampak Ada Yusuf Bahrin Di SebeIah!


Alhamdulillah, bila dengar saja kerajaan mengistiharkan semua activity riadah dah boleh buka ‘mask’, kami menjadi orang pertama yang merasmikan @rimbavalley.jandabaik bersama anak-anak di janda baik semalam  Hanya 30 minutes dari rumah kami, inilah berita gembira buat anak-anak yang dah terlalu lama berkurung dirumah. Bukan kami saja yang happy dapat masuk hutan, tapi…. orang hutan pun suka tengok kami Yang paling penting @vieraissa2020 sangat sporting ye. Sedikit pun dia tak takut dengan semua aksi naik turun bukit dan meredah sungai dengan ATV. Tqsm semua rangers yang jaga kami. You guys memang terbaik @rimbavalley.jandabaik 
Ps : Tak perlu surat sebab di Plaza Tol gombak masih lagi sempadan Selangor  Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting kemana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap vaccine 2 dose ok ?




Loading...


Janda Baik di Pahang

Susulan itu, polis tampil menafikan kenyataan mengelirukan oleh Vie Shantie yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, Janda Baik terletak di dalam negeri Pahang yang memerlukan orang ramai dari negeri lain perlu mendapatkan surat rentas negeri untuk perkara yang dibenarkan.

Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.

Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat.

Semakan terperinci dibuat

Dalam pada itu, Zaiham berkata pihaknya akan melakukan semakan terperinci terlebih dahulu termasuklah tujuan merentas negeri dan juga lokasi terlibat sebelum tindakan susulan dibuat.

Katanya lagi, pihak polis akan sentiasa memastikan segala peraturan dan undang-undang ditetapkan termasuklah prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

Terdahulu, kenyataan Vie Shantie telah dipertikaikan oleh segelintir pengguna di laman sosial Twitter yang memuatnaik semula hantaran dari IG selebriti media sosial itu.

Tol Gombak sempadan Selangor? Jumpa exit naik Genting Highlands dulu sebelum Janda Baik kan? Habis tu kenapa ada yang kena saman naik Genting Highlands minggu lepas?

Tengok IG tempat berkenaan, dah terang-terang lokasi di Pahang.

Difahamkan, kini Vie Shantie berada di Riyadh dan Jeddah, Arab Saudi atas tujuan kerja.

Sumber: Kosmo, Instagram @vieshantiekhan via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post